KALAU bukan kerana cerita mantap, Diva jarang buang masa tengok drama. Rasanya lebih baik belajar menjahit, boleh juga buat bisnes tambah pendapatan sampingan.
Tapi, bila ramai orang menjaja jalan cerita Kau Yang Terindah lakonan Neelofa dan Nazim baru-baru ini menarik, Diva pun tiba-tiba terbuka hati nak menonton drama yang didakwa sedap sangat tu. Pendapat Diva, hado! Naik pening Diva memikir babak akhir drama itu memaparkan adegan pelakon lelaki dan perempuan tidur bersama di bilik hotel yang konon-kononnya mereka berada di Mekah.
Lagi satu, masa babak berdoa betul-betul Kaabah, ada pula aksi Neelofa konon-kononnya isteri Nazim dalam cerita saling berpegang tangan, suami isterilah katakan. Memanglah suami isteri boleh pegang tangan, tapi realitinya mereka bukan muhrim, pegang pula depan Kaabah. Terus jadilah. Ramai juga penonton yang marah, tak kurang juga yang tweet kritik kerja pengarah drama itu, Erma Fatima.
Setahu Diva, Erma pun dah jawab, adegan itu bukan sepenuhnya dilakukan di Mekah, ada yang buat kat KL, cuma suntingan sahaja yang menampakkan adegan itu macam betul dilakukan di Mekah.
Cuma satulah, sejahil-jahil Diva, Diva dapat rasa tentang amanah besar bila nak buat cerita yang ada unsur keagamaan, tapi itulah cerita kita. Ramai pengarah kita gemar buat penggambaran di Tanah Suci, tetapi sejauh mana industri seni kita menjaga kesucian Mekah untuk benar-benar bagi impak cerita masing-masing.
Diva:Tahniah buat kumpulan Bunkface yang jadi artis jemputan sempena Asian Wave di Shanghai, China.
@kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment