Tuesday, September 4, 2012

Kerana Popular Dan Seksi, Neelofa Pula ‘Diheret’ Ke Kancah Politik?


Kerana Popular Dan Seksi, Neelofa Pula ‘Diheret’ Ke Kancah Politik?
Proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh bermula bila-bila masa sahaja sekiranya Perdana Menteri kita mengumumkan Parlimen dibubarkan.
Bagaimanapun, tarikh sebenar PUR-13 masih lagi tidak dapat kita ketahui.
Suhu politik negara kini memang sedang panas.
Banyak isu yang berbangkit baik dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang.
Semakin ramai artis kita juga melibatkan diri dalam dunia politik.
Mungkin antara yang paling lancang bersuara mengenai topik berkenaan adalah pelakon wanita, Abby Abadi.
Namun, ruang lingkup artis berpolitik nampaknya semakin meluas.
Sekarang ini, kita beralih kepada pelakon wanita lain, Neelofa.
Diam tak diam, secara tiba-tiba Neelofa telah diheret ke dalam dunia politik.
Sebab apa?
Mungkin kerana Neelofa semakin popular.
Neelofa menjadi mangsa sebenarnya kerana dia sendiri tidak membuat sebarang kenyataan politik tanpa ilmu seperti Abby.
Dia terheret hanya kerana dia lahir di negeri Kelantan.
Dalam satu akaun Facebook, ‘Anti-DAP Ckub’ telah membangkitkan isu tentang diri Neelofa dan menyalahkan pemerintah kerajaan negeri Kelantan berikutan diri Neelofa yang kalau ditafsir maksud kata-kata status akaun itu, Neelofa telah ‘rosak’.
Pemilik akaun itu juga meminta sebab kenapa kerajaan negeri tidak mengambil usaha atau langkah untuk memperbetulkan anak kelahiran negeri itu.
Nampaknya, semakin sibuk politik negara kita, akan ada macam-macam hal yang akan dikaitkan dengan dunia politik termasuklah negeri kelahiran seseorang artis itu.
Macam-macam..
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...