Thursday, September 20, 2012

Istimewanya Sai Florist

THILAGA (kiri) sedang sibuk menggubah bunga di Sai Florist untuk salah seorang pelanggan.


SEIRING dengan usaha kerajaan memartabatkan perpaduan bangsa Malaysia, dua orang sahabat, Mohd. Razlan Ismail, 39, dan T. Bala Prakash, 40, tampil dengan pembukaan sebuah kedai bunga berkonsep 1Malaysia.
Dengan hasrat murni untuk membekalkan bunga-bunga segar pada harga murah dan berpatutan, kedai konsep 1Malaysia, Sai Florist and Gift yang berlokasi di Lot G30, pasar raya Giant, Bandar Kinrara, Selangor adalah satu contoh perniagaan rakan dua kaum berlainan.
“Sebenarnya kami juga mempunyai seorang rakan berketurunan Cina sebelum ini. Tetapi, dia baru beberapa bulan lalu meninggal dunia. Kami turut berkongsi pelancaran kedai ini bersama mendiang,” kata Bala dalam nada simpati.
Razlan pula memberitahu, sebelum beroperasi di premis tersebut, mereka menjalankan bisnes bunga di bawah nama Crystall Florist & Gifts secara dalam talian sejak dua tahun lalu.
TIMBALAN Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek pada majlis pelancaran Sai Florist and Gift.


Berdasarkan respons positif, mereka akhirnya membuat keputusan membuka kedai bunga itu dengan mengambil kira lokasi yang paling strategi iaitu di Puchong.
Kedua-dua lelaki berkenaan turut menjual produk-produk hadiah, bunga-bunga plastik dan patung untuk disusun bersama dalam gubahan bunga mengikut tempahan.
“Kami sedia memberi komitmen yang sepenuhnya kepada pelanggan. Mereka boleh datang membeli sendiri, menempah atau berkongsi idea gubahan bersama dua orang penggubah bunga di sini,” kata Razlan.
Tambah beliau lagi, bagi memastikan kualiti bunga seiring dengan harga dibayar, pihaknya memastikan bunga-bunga itu dibawa khas ke premis mereka sama ada dari Cameron Highlands atau diimport dari China dan India.
PELBAGAI cenderamata tambahan juga boleh dibeli di kedai yang diusahakan dua sahabat ini.


Dengan pilihan lebih 20 jenis bunga di kedai tersebut, salah seorang penggubah bunga, Thilaga Raman, 36, mengakui, bunga mawar menjadi permintaan klasik yang terus kekal dalam pasaran di samping bunga lili.
Bunga mawar
“Permintaan terhadap bunga semakin banyak kerana ia memberi pelbagai signifikan yang positif. Kami di sini menyediakan perkhidmatan menjual dan gubahan bermula dari harga RM35,” ujar Thilaga lagi.
Razlan, juga memberitahu, sebelum ini syarikatnya pernah membekalkan bunga untuk pelbagai acara termasuk acara-acara hiburan dan penghargaan tokoh Malaysia.
Razlan menambah dengan respons berterusan daripada orang ramai, pihaknya merancang untuk membuka cawangan kedua Sai Florist and Gift di pusat beli-belah, The Curve, Damansara menjelang tahun hadapan.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...