Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Anne Ngasri mengumumkan yang hubungan cintanya dengan Aliff Aziz sudah berakhir. Terkejut Abang Nara membaca kenyataan tersebut di Berita Minggu semalam. Rasanya baru minggu lepas Abang Nara melihat kemesraan pasangan ini di dada akhbar.
Bagi Anne, putusnya hubungan ini kerana sudah tiada jodoh antara dia dan Aliff dan bukannya kerana campur tangan daripada pihak keluarganya. Kata Anne panjang lebar kepada wartawan BiPop:-
Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling terhadap rakan media sebelum ini. Ia membabitkan diri saya dengan dia (Aliff) yang cukup peribadi.Saya memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit lagi. Biarlah hanya saya dan dia saja yang tahu. Mungkin saya nampak macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi perhatian.Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi biarlah kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berkomunikasi dan kekal berkawan atas paksi profesional. Saya ada hantar SMS pada dia.Saya banyak berdoa dan melakukan solat istiqarah untuk membulatkan hati dalam membuat keputusan ini. Lumrah dalam hidup ini ada pertemuan dan perpisahan. Ia ujian buat saya. Siapapun jodoh saya selepas ini, saya mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri dan tiga anak saya.Saya perlu kuat dan kental untuk menerima keputusan ini. Saya hargai kasih sayang dan cintanya kepada saya selama ini. Tiada sekelumit rasa rugi. Tak perlu saya cerita keluh kesah berdepan dengan situasi ini. Ini dugaan kecil jika mahu dibandingkan saya pernah diceraikan ketika sedang mengandung pada usia 2 bulan.
Baguslah tue. Bukan senang nak membuat keputusan ini tetapi kalau nampak macam tak ada harapan untuk berkahwin, baik berhenti bercinta daripada memenatkan diri sendiri. Tumpukan perhatian kepada anak yang 3 orang itu. Aliff Aziz pun masih muda jadi tak elok untuk memaksanya jadi bapa kepada 3 orang anak Anne. Semoga Anne tabah dan dapat mencari pengganti yang lebih sesuai selepas ini.
@beautifulnara.com
No comments:
Post a Comment