Wednesday, August 1, 2012

Spears tunda kahwin



BRITNEY (kiri) dan Jason Trawick.


BRITNEY SPEARS yang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, Jason Trawick pada sambutan perayaan Krismas tahun ini sedang mempertimbangkan untuk menunda perkahwinannya.
Ini kerana penyanyi tersebut keliru sama ada mahu mengadakan majlis secara mewah atau sederhana dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat sahaja.
"Jason mahu mereka berkahwin pada sambutan Krismas ini. Tapi Spears pula masih merancang sesuatu yang belum pasti. Malah tarikh dan lokasi juga belum ada lagi," ujar satu sumber kepadaFemalefirst.
Tambah sumber tersebut, Spears bingung untuk menentukan konsep majlis sama ada ia mewah atau sebaliknya kerana memandangkan ia perkahwinan ketiga bagi dirinya.
Spears sebelum ini pernah berkahwin dengan kekasih masa kecilnya Jason Alexander yang hanya bertahan 55 jam. Dia juga sempat berkahwin dengan penari Kevin Federline pada 2004 dan memiliki dua orang anak, Sean Preston, 6, dan Jayden James, 5. Britney dan Jason bertunang pada Disember 2011
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...