Zed Zaidi
Penggunaan laman sosial di era masa kini semakin mendapat perhatian daripada setiap golongan tidak kiralah yang muda ataupun tua, rata-ratanya mengetahui akan kewujudan laman tersebut.
Pada asalnya, penggunaan laman seperti Myspace, Friendster dan yang terkini Twitter serta Facebook ini bertujuan menghubungkan individu dan merapatkan hubungan antara yang dekat dengan yang jauh.
Namun, ada juga yang menjadikan laman sosial sebagai medan untuk mereka meluahkan perasaan. Malah, fungsi laman sosial pada hari ini dilihat begitu penting untuk setiap individu menyuarakan sebarang perkara yang terlintas di fikiran.
Malangnya, kemudahan itu sering kali disalahgunakan apabila ada segelintir artis menjadikan laman itu sebagai tempat untuk meluahkan rasa bengang dengan perkataan yang tidak sepatutnya.
Mengambil contoh, pasangan kekasih Tiz Zaqyah dan kekasihnya Remy Ishak, pernah bertengkar menerusi laman Facebook dan Twitter masing-masing, sehingga mengundang rasa kurang senang peminat mereka.
Selain itu, baru-baru ini, pelawak, Mamat Sepah juga dikecam kerana penyebaran berita palsu. Walaupun sudah memohon maaf, namun Mamat gagal mengawal perasannya sehingga terlepas ayat yang kurang sopan. Akhirnya, artis kelahiran program realiti Raja lawak ini, menutup terus Twittternya. Itu belum isu artis yang berperang sesama sendiri.
Kejadian seumpama ini memperlihatkan mereka tidak matang dalam bertindak, selain menjejaskan imej dan kredibiliti mereka sebagai selebriti. Ikuti temu bual bersama Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengenai isu tersebut.
Isu artis menyalahgunakan laman sosial semakin menular. Malah, yang lebih parah lagi ialah apabila ada di kalangan mereka yang sanggup mengeluarkan kata-kata tidak sopan dalam laman tersebut, sedangkan artis dilihat sebagai role model. Apa komen Zed?
Zed Zaidi: Era teknologi masa kini memerlukan kita mengikut peredaran zaman. Bukan seperti medium dulu yang hanya berkonsepkan satu hala sahaja di mana hanya sebelah pihak yang menyampaikan dan tidak dapat memberikan maklum balas dengan segera. Kini, medium laman sosial yang ada seperti Facebook dan Twitter membolehkan individu berkomunikasi secara terus dengan meluahkan pendapat atau perasaan mereka masing-masing. Apabila selebriti terlibat dengan Twitter atau Facebook, itu adalah suatu perkara yang baik, menunjukkan artis tahu menggunakan teknologi. Cuma bagaimana cara artis memanfaatkan kemudahan ini, jika perkara baik yang mereka gunakan, maka masyarakat akan memandang baik dan begitu juga sebaliknya. Namun, artis juga seperti orang lain yang guna laman sosial untuk mendekatkan diri dengan peminat dan meluahkan perasaan mereka. Sedikit sebanyak peminat juga dapat mengetahui luahan artis yang mereka suka.
Tujuan asal yang dikatakan untuk merapatkan diri dengan peminat nampaknya jauh tersasar, apabila ada segelintir artis menyalahgunakan medium ini. Ini secara tidak langsung imej dan kredibiliti mereka sebagai selebriti juga terjejas...
Zed Zaidi: Sebenarnya, penggunaan laman sosial ini terpulang kepada hak individu asalkan mereka ini bijak menjaga batas-batas dan maklum akan sensitiviti agama dan kaum. Apa yang boleh saya katakan, setiap kata yang keluar adalah cermin diri mereka. Jika tidak pandai mengawal atau menjaga batas, perkara buruk akan terjadi terutama apabila adanya unsur-unsur provokasi yang keluar menambahkan lagi kehangatan cerita tersebut. Namun, mereka sendiri perlulah menjaga adab atau etika semasa berbicara walaupun sekadar menggunakan laman sosial. Jika menggunakan bahasa berhemah adalah lebih baik
Bagaimana pula dengan mereka yang guna laman sosial untuk berperang sesama sendiri, sehingga mengundang pelbagai persepsi masyarakat, terutamanya peminat?
Zed Zaidi: Seperti yang saya katakan tadi, artis juga seperti orang lain yang punya perasaan. Tidak salah jika mereka mengeluarkan pendapat atau luahan asalkan pandai mengawal diri. Pada saya, jika artis bergaduh dalam laman sosial, kita perlu lihat dahulu sama ada nama artis yang dimaksudkan ada dinyatakan atau pun tidak. Jika namanya disebut, ini yang mendatangkan hal tidak baik dan menimbulkan lagi perbalahan sesama artis. Namun jika nama tidak disebut, anggaplah sahaja seperti usik-usik manja. Umpama siapa yang makan cili, dia yang akan terasa pedasnya. Apa pun artis itu harus bertindak bijak dan jangan keterlaluan kerana medium ini terbuka kepada orang ramai. Apa jua tindakan mereka, pasti akan dinilai peminat.
Apabila ada yang mengatakan laman sosial adalah medan untuk artis mencipta kontroversi, apa pendapat Zed?
Zed Zaidi: Isu kontroversi atau tidak ialah apabila perkara tersebut diperbesarkan. Namun, pada saya bukan semua artis yang meluahkan perasaan di Twitter sebagai cara untuk mereka mencipta kontroversi ataupun dikenali. Luahan pendapat artis mungkin lahir ikhlas daripada hati mereka yang juga mahu menyuarakan hak masing-masing.
Apakata artis lain?
Datuk Fazley Yaakob: Laman sosial merupakan medan untuk sesiapa sahaja meluahkan perasaan atau bercakap mengenai peribadi. Namun, sebagai selebriti, kita perlu sedar setiap perkataan yang keluar bakal menjadi tatapan umum, terutama jika seseorang artis itu mempunyai ramai pengikut (follower). Justeru itu, artis perlulah berhati-hati dalam menulis sesuatu kerana setiap kata yang keluar menunjukkan gambaran karakter sebenar seseorang. Namun, bagi saya sendiri, walaupun saya aktif di laman sosial, saya akan menyimpan sedikit privasi untuk diri saya sendiri.
Fouziah Ghous: Sebagai seorang yang aktif di Twitter, saya memandang laman itu sebagai medan untuk saya merapatkan diri dengan peminat. Tujuan saya membuka akaun Twitter juga adalah bagi memberi keutamaan kepada peminat yang ingin tahu perkembangan semasa saya. Sebagai public figure, mungkin bagi sesetengah orang, segala yang diperkatakan adalah hak peribadi mereka. Namun, bagi saya sendiri, walau setinggi mana pun tahap kemarahan ketika itu, saya cuba elak daripada melepaskan geram dengan guna bahasa yang kasar dilaman sosial.
Wan Sharmila: Saya sendiri tidak berapa aktif menggunakan laman sosial. Namun, saya rasa sebagai artis, laman tersebut perlu ada bagi mempromosikan karier ata memberitahu tentang perkembangan terbaru. Pada saya, orang yang guna laman sosial untuk bercerita perkara yang bukan-bukan ataupun memaki hamun ialah seorang yang tidak berfikir panjang. Ataupun mungkin orang itu sengaja inginkan publisiti.

No comments:
Post a Comment