Friday, July 6, 2012

Zahiril kecewa buku dirampas



ZAHIRIL ADZIM memohon dikembalikan semula buku-buku karyanya yang telah dirampas oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor.

BOGEL Menuju Tuhan. Jika baca judulnya sahaja, sudah tentu ada tanggapan negatif terhadap buku hasil karya pelakon berbakat, Zahiril Adzim itu.
Khabarnya Zahiril terpalit kontroversi gara-gara buku karyanya itu dikatakan telah dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Zahiril yang ditemui pada sidang akhbar drama Mana Hilangnya Juwita di Bukit Jelutong, Selangor baru-baru ini
Kosmo! : Apa perkembangan terbaharu Zahiril?
Zahiril: Sekarang ini saya sedang sibuk dengan penggambaran Mana Hilangnya Juwita dan itu sahaja. Memang kini saya fokus terhadap drama itu sahaja. Ia bukan kerana tiada tawaran lain, namun, tiba bulan puasa kelak saya ingin meluangkan masa bersama isteri. Maklumlah ini merupakan puasa pertama saya dengannya. Jadi, saya ingin berehat daripada melakukan sebarang aktiviti. Selain itu, saya sedang menanti tayangan filem Juvana.
Bagaimana pula jika ada tawaran yang baik? Adakah sememangnya Zahiril ingin berehat sepanjang bulan Ramadan?
Itulah perancangan asalnya. Namun, tidak mustahil, jika ada tawaran baik yang datang kemungkinan juga saya akan pertimbangkan tawaran tersebut. Tahun-tahun sebelumnya, saya banyak bekerja, jadi tahun ini saya mahu meluangkan masa bersama isteri pula.
Buku tulisan anda, Bogel Menuju Tuhan dirampas. Kenapa buku itu dirampas?
Ini mungkin kerana judulnya yang tidak sesuai. Jabatan agama (JAIS) merampas buku saya. Semasa merampas, mereka kata ingin berikan kepada mufti untuk membaca buku tersebut. Saya tidak kisah kerana dalam buku itu hanyalah puisi semata-mata. Ia juga tidak ada unsur-unsur untuk memesongkan akidah. Sebelum dirampas, buku saya sebenarnya telah diluluskan dan telah pun dijual.
Adakah ia memberi kesan kepada Zahiril sendiri, mungkin serik untuk menulis buku lagi?
Tidak sama sekali. Sebenarnya saya agak kecewa kerana buku saya diadili sedemikian rupa oleh orang yang bagi saya mempunyai kelayakan akademik yang baik.
Adakah buku tersebut masih lagi boleh dijual kini?
Selepas merampas buku-buku saya itu, tiada pula mereka memanggil untuk bertanya apa-apa. Cuma saya minta untuk pulangkan semula tiga buah buku yang dirampas tersebut. Walaupun hanya tiga buah sahaja, namun ia merupakan maruah kita. Ini kerana apabila orang dapat tahu buku tulisan saya dirampas, orang akan salah anggap terhadap penulis yang bukan-bukan.
Setakat ini, adakah Zahiril pernah dilemparkan dengan kata-kata negatif impak daripada kejadian ini?
Tiada apa-apa. Perkara ini tidaklah sehingga jadi kecoh sangat. Namun, ada yang marah dan mempersoalkan mengapa buku ini dirampas. Ini kerana bagi mereka yang telah membacanya, mereka tahu apa isi yang sebenar buku itu.
Mungkin selepas ini, apabila ingin menulis buku, anda akan berhati-hati memilih judul?
Saya tidak fikir begitu. Sebelum ini judul yang saya ingin berikan ialah berkenaan dengan puisi-puisi yang ada dalam buku itu. Judulnya sebenarnya merangkumi isinya itu. Pada mulanya juga, saya tidak terfikir untuk menjualnya, namun, ada pihak yang berminat dan ingin mencetaknya. Judul pertamanya juga ialah Berjalan Bogel Menuju Tuhan. Oleh kerana terlalu panjang, judulnya itu dipendekkan menjadiBogel Menuju Tuhan.


@kosmo.com.my
Ingin segak bergaya di HARI RAYA? KLIK!

MK: aku suka baca blog zahiril.. seorang blogger dgn penulisan yg santai. klik ke blog!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...