PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot mengambil pendekatan untuk bersara sebagai pelakon kerana sudah lama tidak menerima tawaran itu.
Beliau bagaimanapun tidak akan meninggalkan kerjaya sebagai pengacara kerana bidang itu sangat digemari kerana keupayaannya untuk bercerita dan berkongsi idea.
"Kalau bercakap pasal bersara sebagai pelakon itu benar kerana sudah lama saya tidak menerima tawaran berlakon tetapi tidak untuk meninggalkan terus industri hiburan.
"Saya masih menerima tawaran sebagai pengacara kerana itu adalah satu pekerjaan yang sangat saya gemari kerana saya suka bercakap dan berkongsi idea dan akan menerima jika bersesuaian," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.
Wardina adalah pengacara program Al-Hadiyah yang disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 1 petang di TV3.
Dalam pada itu, Wardina berkata, dia ingin mempunyai program bual bicara sendiri jika diberi peluang suatu hari nanti dan mahu memfokuskan kepada isu-isu semasa yang boleh memberi manfaat kepada penonton.
Wardina berkata, dia bukan memilih tetapi lebih cenderung kepada program seumpama itu bersesuaian dengan pemikirannya yang lebih matang dalam memperkatakan perkara lebih serius.
"Rasanya sudah tidak sesuai mengacarakan program-program yang lebih ke arah santai dan hiburan kerana lebih cenderung dengan topik yang lebih serius. Itu adalah minat saya," katanya.
Dalam perkembangan sama, Wardina berkata, walaupun sudah tidak begitu aktif dalam bidang seni aktiviti hariannya padat setiap hari.
"Selain menguruskan rumah tangga dan anak-anak, saya juga banyak terlibat dalam program-program turun padang dan sedang memberi fokus kepada pengajian dalam bidang psikologi yang berbaki setahun lagi," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai kerjasamanya dengan jenama langsir terkenal iaitu Elyza's, Wardina memberitahu dia bersetuju berbuat demikian kerana selain merupakan pelanggan tetap dia tertarik dengan kualiti dan pilihan fabriknya yang pelbagai dan menarik.
"Saya sudah lama menggunakan jenama ini untuk hiasan langsir kediaman saya dan apabila pihak Elyza's ingin menaja set langsir rumah baru saya, ia adalah saat indah untuk saya.
"Bagaimanapun saya bukan bertindak sebagai duta jenama ini sebaliknya lebih kepada kerjasama antara dua belah pihak," katanya.
@mstar.com.my
No comments:
Post a Comment