Jika dulu kita sinonim dengan istilah lagu dan irama tidak dapat dipisahkan kini istilah Artis dan politik pula semakin mendapat tempat. Dewasa ini semakin ramai artis yang secara terangan memberi tanda sokongan kepada parti politik yang dinaunginya. Bagaimana pula dengan Diana Amir? Apa pula ideologi politiknya?
Baru baru ini crew kami sempat menemubual beliau berkaitan isu yang semakin hangat ini. Menurut Diana “Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam. Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai denganya.”
Jelasnya lagi individu yang bergelar selebriti tidak seharusnya untuk ‘pro’ kepada sesuatu parti politik sahaja. Tambahnya lagi “Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana mana parti politik periuk nasib artis ini akan tejejas, diorang yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.”
“Cuma bagi saya tentang politik ni ataupun apa apa yang berkenaan dengan polisi sepertinya lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri pun tak pasti.”
Baru baru ini kita juga dimomokkan oleh seseorang yang sudah boleh bergelar bekas selebriti yang mengatakan Politik dan Agama itu tidak dapat dipisahkan. Kami mengajukan hal yang sama kepada Diana Amir dan ini jawapnya. “Berkenaan perkara seperti itu saya ‘no komen’ itu pendapat individu. Bagi saya seperti yang dinyatakan sebelum ini just sokong siapa pemimpin yang ingin mengamalkan ajaran islam yang betul. Tapi jangan sampai mengajak orang menyokong parti politik yang salah itu je la, sebab kita akan tanggung tanggunjawab yang besar nanti di “sana” kelak.
Mengakhiri perbualan kami ini ada sedikit nasihat dari Diana Amir untuk artis yang bakal berhijrah sepertinya. “Untuk artis yang berhijrah kena kuatkan semangat sebab banyak cabaranya nanti. Kita sentiasa kena ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapatkan ganjaran di akhirat bukan didunia ini. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak.” Diana Amir
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment