Monday, July 30, 2012

Sasha Saidin Akan Beraya Bersama Salyo

Sasha Saidin
Walaupun mahligai rumah tangganya baru sahaja runtuh apabila sah bercerai dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono, 37, pada bulan lalu, Sasha Saidin, 35, akan tetap menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan bekas suaminya.
Kata Sasha dalam akhbar BH Hip, Salyo tidak akan pulang ke Indonesia memandangkan keluarga bekas mertuanya yang akan datang Ke Malaysia pada raya ketiga.
“Sejak bercerai, saya belum berkesempatan bertemu keluarga mentua. Hubungan saya dengan mereka baik, malah kami kerap berbual di telefon.
“Jadi pada lebaran nanti, saya akan bertemu mereka kali pertama selepas bercerai. Keluarga mertua tidak terkejut dengan berita perceraian ini kerana mereka maklum dengan kedinginan rumah tangga kami,” kata Sasha.
Bercerita kisah hidupnya selepas kembali solo, bekas suaminya masih lagi menjalankan tanggungjawabnya terhadap anak lelaki mereka, Adam Aryasenna Notosoemarsono (Arya) memandangkan Sasha sudah kembali aktif bekerja.
Salyo pastinya akan memberikan nafkah kepada Arya setiap bulan dan akan menjaga anak mereka secara bergilir-gilir dengan Sasha sekiranya dia sibuk melakukan kerjanya. .
“Sejak kembali bekerja, tugas menjaga Arya dilakukan bergilir-gilir. Selalunya saya minta emak tolong tengokkan Arya, namun memandangkan emak juga ada kalanya sibuk dengan aktivitinya di Masjid Negara dan bersama ABIM, Salyo akan mengambil alih menjaga Arya.
“Selalunya, dia yang akan menjemput Arya dari sekolah. Pada hujung minggu pula, saya bagi peluang mereka menghabiskan masa bersama,” katanya.
Sasha dan Salyo telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak hasil dari perkahwinan mereka.
Ketika ini, Sasha kembali menetap di rumah orang tuanya sementara menunggu Salyo mencari rumah sewa yang lain.
Sasha memberitahu, dia serik untuk mendirikan rumah tangga lagi selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.
Namun, dia mengimpikan untuk mempunyai zuriat yang ramai.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...