“Kalau saya yang mendedahkan gambar saya sendiri kepada pihak media semata-mata mahu lebih dikenali sebagai seorang pelakon maka saya boleh di katogerikan sebagai orang yang bodoh kerana pendedahan ini boleh menutup periuk nasi saya.” – Waslie Duby
Itu adalah kata-kata dari pemilik gambar pelakon baru yang pernah membintangi beberapa drama diantaranya Titisab Darah Pahlawan, Langkah Bendul, Bocara Hati, Titisan & Rubiah yang pada kami kurang dikenali di kaca televisi. Isu yang pernah kami siarkan di link ini “Peminat Kecewa Artis Baru berSpender di Tepi Pantai”. Maka Satu perjumpaan diantara crew kami dan Waslie telah diadakan pada malam [5 July 2012].
Memulakan bicara, beliau mengakui terkejut dengan tersebarnya gambar ini kerana baginya gambar itu adalah hak peribadi dirinya. Apatah lagi gambar yang hanya berseluar dalam yang diperagakanya dilakukan di tempat yang sesuai iaitu di Pantai Phuket Thailand.
Jelasnya “Saya minta maaflah diatas gambar yang yang telah disebarkan ini. Saya akui ini gambar saya dan tak nafikan dengan adanya gambar seperti ini di internet sedikit sebanyak boleh memberi tanggapan yang kurang baik untuk diri saya sebagai seorang pelakon yang baru nak bertapak di bidang ini. Disebabkan gambar ini juga periuk nasi saya tergugat apabila digugurkan dari sebuah drama.”
Waslie juga turut berasa terkilan kerana seorang pelakon lelaki yang pernah berlakon bersamanya turut sama menyiarkan kembali gambarnya itu di Fan Page miliknya dengan mengunakan perkataan ‘Berbogel’. Baginya perkataan berbogel itu suatu kata yang agak kasar.
“Saya tak ada masalah jika ada juga yang percaya itu gambar bogel. Secara logiknya takkan la saya hilang akal sampai nak bergambar begitu sekali. Perkara sebegini memang sedikit sebanyak mengaibkan saya. Tapi sebagai seorang anak seni saya cuba untuk berfikir secara positif. Mungkin perkara ini ada hikmah disebaliknya dan label sebagai artis baru bermasalah akan cuba saya jauhi dimasa akan datang.”
Pengakhiri perbualan, Waslie sekali lagi memaklumkan terpulang kepada orang diluar sana sama ada mahu mempercayai apa yang dikatanya mahu pun tidak. “Yang pasti ini memang bukan satu cerita fantasi rekaan saya sendiri untuk menonjolkan diri sebagai seorang pelakon baru. Ianya terjadi tanpa saya sedari dan saya akui ini sedikit sebanyak boleh memperkenalkan saya kepada penonton diluar sana.”
Peminat Kecewa Artis Baru berSpender di Tepi Pantai
Agak lama jugak kami berfikir untuk meletakkan tajuk yang sesuai untuk artikel kali ini. Setelah berfikir secara rasional dan konsisten maka tajuk diatas menjadi taruhan kami untuk artikel kali ini.
Artikel ini ditulis berdasarkan email yang diterima lewat petang semalam. Ianya berkisar tentang luahan hati seorang peminat dan rakan-rakanya tentang tindakan seorang pelakon baru yang didakwa bergambar dengan hanya berspender semasa bercuti di phuket thailand.
Menurut pengirim email ini lagi beliau dan rakanya agak terkejut apabila menerima kiriman email dari rakanya beberapa keping gambar artis baru yang diminatinya itu. Kata pengirim email ini lagi dia dan beberapa orang kawanya telah mengikuti perkembangan pelakon baru ini sejak dari dulu lagi setelah kerap melihat dia muncul di kaca televisyen
Memetik tulisan pengirim email ini lagi “Pelakon ni seorg yg ok, sgt friendly tetapi sy agak terkejut bila mendpt email dr kwn sy tentang gambar sexy pelakon baru itu smsa sedang bercuti di phuket thailand, persoalannyer. Sbg seorg pelakon baru kenapa dia berani mengexpose gmbr2 sebegitu. Kami sbg peminat agak hampa kerana sbg pelakon yg br nk menapak, dia seharusnyer menjaga tatasusila sbg pendatang baru. Ini nama pun br nk berkembang tp dh membuatkan peminat berasa jijik dgn gambar tersebut. Jadi tolong dapatkan penjelasan dr beliau tentang gambar2 ini”
p/s : jika anda ada sebarang info tentang dunia hiburan yang ingin dikongsikan sila email kepada kami dan kepada artis baru yang merasakan ini adalah gmbr anda dan jika ingin membuat sebarang penjelasan boleh juga email kami di info@buahmulut.com
@BUAHMULUT.COM
No comments:
Post a Comment