Friday, July 6, 2012

Luna Maya Nafi Ada Kekasih Baru

Luna Maya.
PENYANYI dan pelakon Luna Maya menafikan sudah mempunyai kekasih baru dan sedang hangat bercinta dengan seorang pemilik restoran di Jakarta, Indonesia.
Luna berkata, dia mengenali lelaki tersebut tetapi memberitahu mereka hanya kenalan rapat dan masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta buat masa ini.
"Tidak benar, lelaki itu hanyalah kenalan saya dan saya tidak faham mengapa orang boleh mengaitkan saya dengannya," katanya.
Baru-baru ini, media di Indonesia melaporkan dia sudah pun mempunyai kekasih baru apabila gambarnya bersama lelaki berkenaan telah tersebar menerusi internet.
Lelaki berbaju putih didakwa sebagai kekasih Luna Maya.
"Kasihan kawan saya itu kerana telah menjadi mangsa gosip. Kami telah berbual melalui telefon dan hanya ketawa dengan perkhabaran terbaru itu," katanya.
Luna turut menjelaskan ketika foto itu diambil mereka keluar beramai-ramai untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di sebuah lokasi.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...