Saturday, July 7, 2012

Ella & Azhar Akan Bernikah Esok

Ella & Azhar

Hari yang mendebarkan bagi setiap bakal raja sehari adalah saat menempuh hari pernikahan mereka.
Begitu juga bagi ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihannya, Azhar Ghazali selepas solat Isyak esok.
Azhar yang merupakan juruterbang Firefly serta rombongan dijangka akan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan serta wang hantaran bernilai RM50,000.
Majlis akad nikah itu bakal berlangsung di kediaman keluarga Ella di Teluk Gadong, Klang.
Pada masa yang sama, ibu kepada Ella, Yang Asmah Yong, 85 serta seluruh ahli keluarga Ella bersyukur dan bergembira walaupun penyanyi terkemuka itu bertemu jodoh di lewat usia.
“Alhamdulillah Ella bertemu jodoh. Memang kalau boleh dari dulu dia mahu berumah tangga, tetapi belum ada rezeki.
Mungkin baru sekrang Tuhan menemukan jodohnya,” memetik kenyataan Saidatul Nisa, kakak kepada Ella menerusi sisipan HIP terbitan Berita Harian hari ini.
Ujarnya lagi, Ella juga sedang terlalu sibuk membuat persiapan akhir pernikahannya hingga tidak sempat melayan panggilan pihak media.
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal menjadi saksi serta menghimpunkan ahli keluarga serta sahabat Ella dalam majlis persandingan yang akan diadakan pada 1 Disember depan.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: Berita Harian
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...