Saturday, July 28, 2012

Ashanty Mahu Anak Tirinya Tahu Bersyukur

Ashanty (paling kanan) bersama Aurel semasa melawat ke rumah anak-anak yatim.
JAKARTA: Isteri kepada Anang iaitu Ashanty menerapkan nilai-nilai murni kepada dua anak tirinya iaitu Aurel dan Azriel agar mereka membesar sebagai manusia yang kenal erti bersyukur.
Ashanty mengambil kesempatan keberkatan bulan Ramadan dengan membawa kedua-dua anak hasil perkongsian hidup antara Anang dan Krisdayanti itu menyertai kerja-kerja amal dan melawat rumah anak yatim.
"Melalui lawatan ini mereka akan sedar masih ada ramai kanak-kanak yang bernasib malang dan dengan ini mereka akan lebih bersyukur dan menghargai kehidupan," katanya seperti dipetik portal kapanlagi.com.
Pada lawatan penyanyi tersebut ke rumah anak-anak yatim itu, Ashanty dan anak-anaknya telah menghadiahkan buku cerita kepada kanak-kanak di rumah tersebut dengan harapan ia dapat menaikkan semangat mereka untuk belajar di sekolah.
Sementara itu, Aurel menjelaskan akan lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang dimilikinya hari ini dan akan lebih bijak menilai tentang baik dan buruk sesuatu perkara.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...