Saturday, July 14, 2012

ALBUM BARU: Vokal Anuar Zain Semakin Hebat

ARTIS: Anuar Zain
ALBUM: Anuar Zain
EDARAN: Universal Music Malaysia
EMPAT tahun sepi tanpa album, kemunculan album terbaru Anuar Zain iaitu yang keenam (termasuk album kompilasi) pasti mengubat rindu para peminat.
Dan yang pasti, sejak dipasarkan pada November tahun lalu, lebih daripada 11,000 salinan telah pun dijual tanpa sebarang promosi. Ternyata, ramai yang benar-benar menantikan produk terbaru penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka ini.
Tidak banyak lagu yang ditampilkan, album ini memuatkan sebanyak lapan buah lagu. Mungkin ia adalah pemilihan yang terbaik antara lagu-lagu yang disediakan.
Lagu-lagunya ialah Ku Berjanji Karna Cinta, Nadi Terhenti, Ajari Aku, Pernahkah, Simpati Cintamu, Sempurnakan Aku, Terindah dan Cinta Harus Memiliki.
Seperti yang diketahui semua, vokal Anuar tidak perlu diulas lagi kerana kehebatan vokalnya sukar ditandingi dan mempunyai gaya ekspresi yang tersendiri ketika menyampaikan lagu-lagunya itu.
Walaupun kelapan-lapan lagu Anuar berkonsepkan balada, Anuar mewarnakannya dengan gaya nyanyian yang sedikit berbeza serta memasukkan elemen Jazz dalam beberapa lagunya.
Antara lagu yang menarik perhatian adalah Ajari Aku. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Adrian Martadinata cukup menarik, lebih-lebih lagi daripada segi komposisi muziknya.
Begitu juga dengan Simpati Cintamu, sentuhan komposer tempatan Hazami, harus didengar. Melodinya yang berunsurkan Jazz menonjolkan sisi lain vokal Anuar.
Secara keseluruhannya, album ini cukup sempurna, sesuai dengan konsep balada yang sudah sebati dengan jiwa Anuar.
Pada pendapat saya, tidak ada masalah rasanya apabila Anuar menggunakan khidmat komposer luar, asalkan, kualiti dan piawai hasil lagu seperti yang diinginkan.
Dalam pada itu, warna hitam putih pada kulit album terbaru Anuar Zain iaitu yang keenam (termasuk album kompilasi) cukup menunjukkan kesederhanaan penyanyi ini.
LAGU PILIHANKu Berjanji Karna Cinta, Simpati Cintamu dan Ajari Aku
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...