Monday, June 4, 2012

Yuna Dikutuk Sebab Gambar Kaki? Kenapa?

Yuna
Nampaknya, ada beberapa pihak yang tidak menyenangi dengan perlakuan dan tingkah laku penyanyi terkenal, Yuna.
Yuna sering kali dilihat memuat naik gambar-gambarnya di profil Instagram miliknya tidak kiralah di mana sahaja dia berada.
Kadang-kadang, kita boleh lihat Yuna berada di New York, kemudian di Kuala Lumpur. Selepas itu, terbang semula ke negara lain.
Kiranya, perjalan karier seni Yuna amat memberangsangkan ketika ini.
Tetapi, dalam kegembiraan Yuna ingin berkongsi pengalaman kerjanya bersama-sama peminat, dia pula dikutuk kerana tindakan yang boleh dikira tidaklah keterlaluan.
Kenapa dikutuk? Semuanya kerana gadis dan juga kekasih hati kepada Qi Razali itu telah memuat naik gambar kakinya ketika dalam perjalanan ke Chicago, USA untuk memenuhi ‘tour’ persembahannya.
Menerusi laporan dari Rotikaya.com, peminat-peminat Yuna mempersoalkan kredibiliti Yuna sebagai seorang penyanyi yang terkenal dengan imej bertudung, tetapi telah mendedahkan aurat kakinya.
Bagaimanapun, Yuna telah pun memadamkan komen-komen negatif yang diterimanya di profil tersebut.
Mungkin juga Yuna menerima kritikan peminat-peminatnya.
yuna
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...