Muncul sebagai artis dibawah naungan MIG memberikan peluang yang luas buat pelakon yang berasal dari Johor bahru ini untuk mengembangkan lagi bakat di dalam bidang lakonan.
Selepas muncul dengan beberapa filem yang bergenrekan seram kini Mon Ryanti Sahudina Lee ataupun Mon Ryanti bakal muncul pula di dalam filem terbaru terbitan Metrowealth iaitu Nongkrong. Filem arahan Ismail Bob Hasim ini turut dibintangi oleh Shaheizy Sam, Angah & Epi Raja Lawak, Fyza Kadir & Liana Rafiai yang akan ditayangkan pada 10 Mei 2012.
Memegang watak sebagai Puteri Laut. Mon berkata. “Apa yang menariknya tentang filem ini ialah berkenaan kisah 3 pemuda dan 3 puteri yang bertemu di satu upacara pemujaan nombor ekor. Walauoun seorang puteri, dia boleh bertukar wajah menjadi hantu yang hodoh dan apabila normal wajahnya akan cantik”
Watak puteri ini muncul apabila 3 sahabat lakonan Sam, Angah & epi bertindak berjumpa seorang pawang nombor ekor lakonan oleh Azle Senario. Salah satu syarat melengkapkan pemujaan itu ialah salah seorang dari mereka perlu mengahwini puteri yang dilakonan oleh Mon Ryanti.
Tambahnya lagi. “Abg bob ini senang untuk dibawa berbincang dan banyak bagi idea bagaimana untuk mengembangkan lagi watat yang dibawa”
Dibawah ini kami lepaskan beberapa keping gambar Mon Ryanti semasa Majlis Pra Tonton Nongkrong yang telah diadakan baru baru ini.
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment