Wednesday, June 13, 2012

Terasa Bebanannya Tapi Tidak Menyesal – Johan As’ari

Pelakon yang mengecap populariti semakin hebat ini bakal muncul dengan filemnya yang terbaru iaitu Pencinta. Johan As’ari yang kami temui baru baru ini di sidang media Pencinta memaklumkan bahawa dirinya semakin hari semakin tercabar dan terasa bebananya sebagai seorang pelakon.

Johan As'ari - Pencinta
Ujarnya “Kalau kita anggap berlakon itu senang, kita akan jadi pelakon yang stereotype. Walaubagaimanapun saya tidak menyesal dengan apa yang dilakukan sekarang. Ini semua adalah satu proses pembelajaran yang berguna bagi diri saya sebagai seorang pelakon”
Memegang watak sebagai Amir, Johan menganggap babak yang paling mencabar bagi dirinya ialah apabila babak yang melibatkan ilmu mempertahankan diri. Ini kerana dia tiada kemahiran asas dalam bidang tersebut. Filem yang bergenre romantik ini dilakonkan bersama heroin Siti Saleha. Ditanya tidakkah dia takut digosipkan menyemai cinta lokasi seperti mana lakonanya sebelum ini Johan berkata “Oh tak, perkara macam ni bagi saya dah biasa berlaku dan tak risau sangat. Bagi saya hubungan cinta itu memang terjalin tapi sekadar di dalam lakonan Pencinta ini sahaja. Tegasnya dengan nada yang serius.

Johan As'ari - Pencinta
Melalui watak sebagai seorang Busker ini beliau mendapat tunjuk ajar yang sangat berguna dari seorang pengarah dan juga pelakon yang amat diseganinya. Ujar Johan, Khir Rahman banyak membantunya dalam memberikan mood setiap babak yang di bawanya. “Segala tunjuk ajar Abang Khir dalam filem ini menjadikan setiap lakonan saya dapat dilakukan tanpa banyak masalah ”
DIbawah kami lepaskan beberapa keping gambar Johan As’ari yang sempat kami rakamkan di set Pencinta.

Johan As'ari - Pencinta
Johan As'ari - Pencinta
Johan As'ari - Pencinta
Johan As'ari - Pencinta
Johan As'ari - Pencinta
Johan As'ari - Pencinta
Johan As'ari - Pencinta
Johan As'ari - Pencinta
Johan As'ari - Pencinta
Johan As'ari - Pencinta
Johan As'ari - Pencinta
Johan As'ari - Pencinta
Johan As'ari - Pencinta
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...