Monday, June 4, 2012

Sempurnakan solekan



ELFIRA (tengah) berasa bangga dan terharu diberi penghormatan sebagai wajah baharu Maybelline.


JENAMA solekan antarabangsa Maybelline New York, melancarkan produk terbaharu BB Stick Clear Stick, yang sesuai diaplikasikan pada kulit wajah wanita Asia. Biarpun menjalani aktiviti di bawah sinaran matahari atau hujan, olesan BB Stick Clear Stick akan kekal pada wajah dalam tempoh 24 jam.
Menariknya, BB Stick Clear Stick bukan saja mudah disapu dan meresap dalam kulit wajah, malah ia ringan untuk dibawa ke kuliah, pejabat ataupun bersantai. Tekstur dan warnanya yang lembut membantu membuatkan kulit wajah tampak sekata dan segar.
Ini termasuklah menutup bintik-bintik hitam dan melindungi wajah daripada sinaran ultra ungu (UV) yang boleh menyebabkan masalah pigmentasi.
Kandungan SPF50+++ di dalamnya bertindak memelihara wajah daripada agen perosak seperti persekitaran yang kotor dan cahaya matahari. Selain itu, kandungan mineralnya pula berfungsi melembutkan dan melembapkan kulit sepanjang hari.
Menurut jurucakap jenama Maybelline New York, Malaysia yang terbaharu, pelakon dan hos, Nurul Elfira Loy, dia menggemari konsep solekan gaya segar dan semula jadi. Justeru, penggunaan BB Stick Clear Stick menjadi pilihan yang tepat untuk mendapatkan konsep solekan yang sedemikian.
“Produk ini menjadikan kulit saya kelihatan hebat kerana ia menutup cela dan melindungi kulit saya daripada sinaran UV. Lagipun BB Stick Clear Stick, membuat kulit wajah kelihatan seperti tidak memakai sebarang mekap dan saya tampak segar sepanjang hari,” jelas Elfira yang pernah membintangi drama Biar Mimpi Sampai ke Bintang dan Qalesya.
Tambah pemenang Pelakon Sampingan Terbaik di Anugerah Skrin 2011, produk berkenaan juga sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya bagi wanita yang memiliki jenis kulit berminyak.
“Selain BB Stick Clear Stick, saya turut meminati kesemua produk Maybelline New York kerana ia sesuai dengan pengguna remaja seperti saya. Saya telah lama menggunakan kosmetik Maybelline dan terharu apabila dilantik sebagai jurucakap jenama ini,” jelas Elfira ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta terbaharu Maybelline New York di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Pengurus Produk Kumpulan Maybelline New York, Pink Fong, menyatakan, pemilihan selebriti manis dan genit itu kerana sifatnya yang berkeyakinan, ceria dan versatil untuk menggayakan pelbagai konsep solekan.
Pada masa yang sama, pihak Maybelline New York turut yakin bahawa Elfira mampu mengembangkan lagi jenama berkenaan dalam kalangan pengguna tempatan.
“Kami gembira dapat bekerjasama dengannya dan yakin pengaruh dan karisma yang dimiliki oleh Elfira dapat menarik minat golongan muda untuk merias wajah menggunakan rangkaian produk Maybelline New York,” tambah Fong.
Produk Maybelline Clear Smooth BB Stick Clear Stick, akan berada di pasaran pada bulan Julai 2012 dan ia dijual pada harga RM24.90.
Cantik cara Elfira:
Maskara
Tata rias wajah tidak akan sempurna tanpa menyapu maskara Volum Express Mascara. Saya sentiasa memastikan sebelum keluar rumah atau bekerja wajah disolek dengan calitan gincu, pemerah pipi, pembayang mata dan sapuan maskara.
Gincu
Selain maskara, saya meminati gincu bibir kerana ia bagaikan magis dalam aspek solekan. Bayangkan, wajah yang pucat dan lesu mampu bertukar ceria hanya dengan calitan gincu warna terang atau lembut.
Teknik solekan pantas
Saya perlu bijak membahagikan masa antara belajar dan berlakon. Atas faktor itu, saya sentiasa mempraktikkan teknik solekan yang ringkas dan cepat tetapi menarik. Oleh itu, BB Stick Clear Stick, sangat membantu mempercepatkan proses solekan.
Ikon fesyen
Terlalu banyak ikon fesyen yang memberi inspirasi terhadap gaya dan stail peribadi saya. Namun, jika perlu membuat pilihan untuk memilih ikon fesyen tempatan, pastinya pelakon Nur Fazura menjadi pilihan saya. Dia seorang wanita yang bijak bergaya dan memiliki kelas serta stail tersendiri.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...