Pelakon yang pernah membintangi filem seperti Castello, Maut dan Senjakala ini merupakan seorang lagi selebriti yang kini sudah berimej tudung. Nuremy Ramli yang kami temui di Majlis Pra Tonton Hanya Aku Cinta Kau Seorang (Hacks) terbitan MIG memaklumkan kepada kami yang beliau sudah bertudung sejak 3 bulan yang lalu.
![Nuremy Ramli](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHszbiQC8n9kjqWDwSjgdtzG_QpPtNDA4RcCjgUbPCtZdeMWQoPfHCKRaD25JFoThfugvBqHZVwrHfJ1r4OWexz2LvUmXTetr2Hb4JZrMtnN3GJimUg3pfO7aIHZZOCmCJBZhdFAKbzu0/s1600/IMG_0323.jpg)
Katanya lagi. “Ini semua adalah kehendak dan dari hati naluri saya untuk jadi seperti sekarang. Sudah lama saya ingin bertudung dan Alhamdulillah akhirnya kewajipan ini dapat saya laksanakan. “
Hanya Aku Cinta Kau Seorang menurut Nuremy adalah lakonanya yang pertama sebagai watak utama. Ujarnya “Cabaran untuk pertama kali memegang watak utama sememangnya saya rasa takut, terasa beban tanggungjawab yang dipikul sangat besar dan terpaksa membawa watak ini hingga ke akhir cerita. Walaubagaimana pun perasaan itu dapat dikurangkan kerana sebelum masuk set saya akan berbincang dengan pengarah bagi memastikan persediaan itu dibuat secukupnya.”
Ditanya tidakkah pernah terlintas untuk dia meminta pihak pengurusan memotong babak yang melibatkan dirinya terdedah dengan aurat. Nuremy menjelaskan “Sebagai seorang manusia mesti ada perasaan malu. Walaubagaimanapun ianya sudah menjadi sejarah dan tidak boleh diubah lagi. Ini adalah kesalahan saya dan saya akuinya. Apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah untuk memandang ke hadapan. Apa yang telah saya lakukan dimasa lampau itu akan menjadi kesedaran buat diri sendiri supaya tidak mengulangi apa yang berlaku sebelum ini. Saya yang ingin berubah jadi saya yang harus menangung risiko semua itu.”
Sebahagian Gambar dari : Farish Ayub Photography
![Nuremy Ramli](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4psCEAHee8tn3I29A0J0zqVKAJDGHrlQi294joC3v38YSQ1gU9tXoywAOH83mjirLJppD0tjKrVYom8Cha_jq5g9SOOQRE4yhy17NxD4XCh7Y07le8bAEP2AElXdacIMAlC2qQeB2O-E/s1600/IMG_0347.jpg)
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment