Monday, June 4, 2012

Saya cakap serupa bikin - Najib



NAJIB bersama Abdul Taib (kanan) menyertai tarian Merbah Ranyai sempena Pesta Gawai di rumah Jana anak Sweng, Batu Matup, Julau semalam.


BETONG - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau membuat keputusan untuk menyertai sambutan Pesta Gawai bagi menunjukkan bahawa 'apa yang dicakapnya adalah serupa bikin' kerana beliau merupakan Perdana Menteri untuk semua dan kerajaan mengambil berat hal ehwal semua rakyat Malaysia.
Najib berkata, beliau perlu mempraktikkan keinginannya menjadi Perdana Menteri kepada semua dengan membuktikan ia bukan semata-mata satu kenyataan politik atau retorik.
Beliau berkata, hasratnya untuk lebih dekat dengan rakyat dan membawa pembangunan yang seimbang dan saksama telah diterjemahkan dalam bentuk tindakan seperti yang dibuktikan dengan peruntukan RM2.3 bilion hasil tinjauan mesra di seluruh Sarawak sejak tiga tahun lalu.
"Apabila kita menyambut Gawai, kita meraikan satu cerita mengenai kejayaan, kita bukan meraikannya kerana kita gagal atau sebagai sebuah negara yang gagal tetapi kita berjaya dalam pembinaan negara, pembangunan ekonomi dan sosial dan dalam menyatupadukan masyarakat kita yang berbilang budaya," katanya di hadapan 3,000 hadirin yang menghadiri rumah terbuka sambutan Ngabang Gawai di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini semalam.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...