Thursday, June 7, 2012

Remy Ishak Dituntut untuk Menyanyi di Dalam Filem 29 Februari

Selepas mencipta pelbagai kejayaan melalui penerbitan lagu tema bagi filem, antaranya “Penyembuh Rindu” Mawi dan Diana Danielle (Magika) dan “Sedetik Lebih” nyanyian Anuar Zain (Hikayat Merong Mahawangsa), KRU Music sekali lagi meneruskan tradisi dengan menerbitkan keseluruhannya 4 buah lagu untuk filem Stereoscopic 3D (S3D) pertama Malaysia berjudul “29 Februari” terbitan KRU Studios

29 Februari
Walaubagaimanapun, hanya 3 lagu utama dipilih untuk dikeluarkan secara “single” untuk siaran radio iaitu ”Kelip-kelip” nyanyian Remy Ishak, “Jagalah Diri” nyanyian Jaclyn Victor dan “Seperti Dulu” nyanyian Forteen yang mendapat sentuhan magis Edry Abdul Halim, pencipta dan penulis lirik yang juga merupakan pengarah bagi filem ini.
“29 Februari adalah sebuah filem yang amat kami nanti-nantikan di KRU Studios. Bagi menyemarakkan lagi promosi filem ini 3 buah lagu telah pun dipilih untuk dikeluarkan secara berperingkat untuk siaran radio khususnya untuk langganan nada dering bagi peminat-peminat muzik di Malaysia. 3 lagu daripada 3 penyanyi yang mempunyai latarbelakang yang berbeza serta masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri” kata KC Ismail, Timbalan Presiden KRU Music.

29 Februari
Sebagai pelakon utama filem “29 Februari”, Remy Ishak dituntut untuk menyanyi di dalam filem muzikal ini. Bertitik-tolak dari situ, beliau turut menyumbang suara untuk lagu “Kelip-Kelip”. Ini merupakan percubaan pertama Remy dan ternyata tidak menghampakan. “Kelip-Kelip” menceritakan tentang bagaimana seseorang itu dapat memberikan harapan kepada yang lain dengan keikhlasannya “menyinar bagai kelip-kelip” ketika di dalam kegelapan. Bersesuaian dengan Remy, lagu ini bakal sinonim dengan watak Budi di dalam filem “29 Februari”.
“29 Februari” merupakan sebuah filem bergenre “biografi fantasi” di bawah arahan Edry Abdul Halim – pemenang Pengarah Harapan FFM23 pada tahun 2010 serta pemenang Filem Terbaik FFM23 melalui filem “Magika”. “29 Februari” dipenuhi lakonan mantap Remy Ishak yang memegang watak Budi yang hanya dimakan usia dalam tempoh 4 tahun sekali dan berlatar-belakangkan detik-detik bersejarah Malaysia semasa penjajahan British, penaklukan Jepun sehinggalah ke tahun 2012.

29 Februari
29 Februari
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...