Friday, June 29, 2012

'Potong pendek bukan botak' - Ras


RAS ADIBA RADZI mendakwa dia hanya memotong pendek rambutnya, bukan botak. Justeru, dia melihat ia tidak harus menjadi satu isu besar.

RAS ADIBA RADZI penyampai berita di saluran ntv7 tiba-tiba menjadi bualan baru-baru ini kerana tindakan menyokong kempen Jom Botak Majlis Kanser Nasional.
Melalui laporan beberapa akhbar tempatan sebelum ini, ekoran tindakan Ras Adiba membotakkan rambut, dia tidak dibenarkan keluar televisyen sebagai pembaca berita ntv7 seperti biasa.
Namun, kenyataan daripada pihak Media Prima Berhad menjelaskan pembaca berita itu tidak pernah digantung dari tugasnya dan sokongan penuh diberikan berhubung penampilan terbaharunya untuk kempen amal yang disokongnya.
Kosmo! mendapatkan penjelasan lanjut daripada Ras Adiba sendiri berhubung isu tersebut.
Kosmo!: Ras Adiba, baru-baru ini muncul dakwaan bahawa anda tidak dibenarkan bersiaran di kaca televisyen akibat tindakan membotakkan rambut. Sudi sekiranya mengulas isu itu?
Ras Adiba: Buat masa sekarang saya tidak boleh memberikan komen lanjut berhubung status saya kerana kami masih dalam peringkat perbincangan bersama pihak atasan ntv7. Selepas semua perbincangan selesai, baru kami boleh memberikan kenyataan berhubung isu yang dimaksudkan.
Anda sedar bahawa wanita tidak dibenarkan membotakkan kepala melainkan kerana berpenyakit?
Ingin saya tegaskan, saya tidak membotakkan kepala, tetapi hanya memotong pendek rambut saya. Jika botak, ia akan botak licin. Saya hanya memotong pendek rambut saya untuk tujuan amal.
Sekiranya anda digantung daripada tugas adakah anda sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan?
Saya tiada masalah. Misal kata tidak dibenarkan membaca berita lagi saya akan mencuba alternatif lain mencari rezeki. Hidup perlu diteruskan seperti biasa. Buat masa sekarang tiada sebarang perancangan pun.
Anda tidak khuatir keadaan terkini anda akan memberikan kesan jangka panjang?
Pihak ntv7 telah memberikan kenyataan sebelum ini dan akan membuat keputusan tidak lama lagi. Saya sudah lama bersama syarikat tersebut dan sudah macam keluarga. Saya menghormati apa jua keputusan selepas ini dan tidak perlu mengeruhkan keadaan. Tindakan saya memotong rambut pendek bukan isu besar.
Mungkin anda sudi ceritakan sedikit sebanyak kenapa perlu anda memotong rambut pendek memandangkan anda memang perlu sentiasa keluar televisyen?
Ini pilihan saya sendiri dan bukan satu pengorbanan. Demi membantu masyarakat, cara ini yang mampu saya lakukan. Saya hormati komen-komen daripada orang ramai berhubung tindakan saya.
Sejak bila anda terlibat secara serius dengan kempen Majlis Kanser Nasional (MAKNA)?
Sebelum ini saya menyokong kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser secara peribadi, hanya melawat mereka di hospital dan menghulurkan sumbangan sekadar termampu. Tapi kali ini tindakan saya serius dan besar-besaran. Saya tidak mampu membelikan ubat-ubatan jadi apa salahnya menyokong kempen ini dengan cara saya sendiri.
Bagaimana sumbangan anda melalui kempen pada kali ini?
Saya bertindak untuk mewujudkan kesedaran orang awam mengenai kanser dan kesannya kepada kanak-kanak serta orang ramai yang tidak menjangka potensi menghidap kanser. Selain itu kempen Jom Botak MAKNA bertujuan mengumpulkan dana membantu kanak-kanak yang menghidap kanser walau dalam bentuk yang kecil.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...