Tuesday, June 5, 2012

Pelajar latihan industri dituduh rogol pelancong Switzerland



KOTA BHARU - Seorang pelajar sebuah pusat latihan perindustrian dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol pelancong Switzerland, bulan lalu.

Muhamad Irfan Daud, 19, dikenakan tuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Dia dituduh merogol setiausaha berusia 25 tahun di sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP Lundang di sini, jam 5 petang pada 10 Mei lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Kes akan didengar 2 Ogos ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nurhilwani Mat Riffin membantah jaminan, Peguam bela, Rosmizan Sulaiman bagaimanapun merayu supaya anak guamnya itu diberikan jaminan berikutan tertuduh masih
menuntut di IPT.
”Tertuduh juga menghidapi penyakit usus yang memerlukan rawatan rapi,” katanya.
Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, Hakim Irwan Suainbon kemudian membenarkan Muhamad Irfan diikat jamin sejumlah RM10,000 dengan seorang penjamin.
Pada 22 Mei lalu, tertuduh atau ‘boy’ menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu selepas genap seminggu gambarnya tersebar di akhbar.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang setiausaha warga Switzerland mendakwa dia dirogol, manakala, rakannya dicabul empat lelaki ketika singgah di Pejabat Konsul Thailand, di bandar ini bagi urusan visa untuk ke Bangkok, selepas balik dari Pulau Perhentian, Terengganu.
Susulan laporan polis yang diterima, seorang remaja berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Taman Intan, Lundang dan mengaku mencabul salah seorang mangsa ketika dituduh 23 Mei di Mahkamah Majistret di sini.
Sementara, dua lagi suspek adik-beradik, Hary dan abangnya masih diburu.

@sinarharian.com.my

Hubungi Remy utk katering perkahwinan di Melaka! 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...