Thursday, June 7, 2012

Najib reformis hebat – McCain



IMBAS KEMBALI. Najib berbual mesra dengan McCain (kiri) dan Lieberman yang mengadakan lawatan rasmi ke negara ini di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Senator Amerika Syarikat, John McCain berkata, beliau mengadakan perjumpaan “yang mengesankan” dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila melawat Malaysia minggu lepas dan menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang “reformis yang hebat”. “Saya mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib di Malaysia - seorang reformis hebat yang meningkatkan hubungan Amerika-Malaysia,” tulis McCain dalam mesej Twitternya.
Senator McCain dan Senator Joseph Lieberman melawat Malaysia pada 30 Mei atas jemputan Majlis Perniagaan Malaysia bagi menghadiri Persidangan Invest Malaysia 2012 yang dilancarkan Najib.
Semasa di sini, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Najib dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman selain berjumpa dengan pemimpin masyarakat perniagaan dan awam serta wakil parti-parti pembangkang bagi membincangkan pelbagai isu.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...