Thursday, June 7, 2012

Lady Gaga diharam kerana fesyen pelik




LADY GAGA nama yang tidak perlu diperkenalkan bukan sahaja di Amerika Syarikat, namun di seluruh pelusuk dunia. Pada awal kemunculannya, nama Lady Gaga sepantas kilat terus menjadi fenomena dan sebutan dalam kalangan peminat muzik global.
Sejak mula menjelmakan diri dalam persada seni, Lady Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta sudah pun menampilkan fesyen yang sangat provokatif dan eksentrik.
Dalam bahasa fesyen, istilah eksentrik merujuk kepada konsep pelik dan unik.
Walaupun baru berusia 26 tahun, Gaga dilihat sangat berani menggayakan fesyen yang sememangnya tidak dipakai oleh selebriti lain apatah lagi masyarakat biasa. Bukan kerana faktor harganya yang sangat mahal, namun rekaan fesyen itu sendiri cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya berkerut dahi.
Setiap kali tampil di atas pentas mahupun sebarang acara lain, dia pasti akan tampil dengan fesyen baharu dan yang tidak pernah terlintas dalam jangkauan minda manusia.
Meskipun begitu, Gaga dilihat sangat selesa dengan penampilan eksentriknya itu. Walaupun tidak dinafikan pelbagai tohmahan dan kritikan dilemparkan kepadanya, namun dia tetap menjadi dirinya yang unik.
Lihat sahaja keberaniannya menggayakan rambut dan aksesori pelik serta kasut bertumit tinggi yang mencecah 25 sentimeter (10 inci)!
Buktinya, beberapa fesyen pelik dan jelik Gaga adalah seperti baju yang diperbuat dari daging mentah rekaan pereka fesyen Franc Fernandez. Bukan itu sahaja, pernah juga pelantun lagu Born This Way itu tampil dalam acara dengan mengenakan sepasang busana yang diperbuat daripada rambut asli.
Fesyen tersebut juga dilengkapi topi yang juga menggunakan bahan yang sama serta rambut yang diwarnakan hijau.
"Setiap kali saya menulis lagu, saya memikirkan sekali pakaian yang akan saya gayakan. Pakaian dan karya saya adalah satu. Saya beranggapan 'cerita' yang saya bawakan lebih mantap apabila ia bergabung antara fesyen dengan seni," ujar Gaga mengenai penampilan eksentriknya itu.
HANYA Gaga yang berani menggayakan fesyen sebegini.


Mother Monster
Oleh kerana dia seorang yang sangat eksentrik dan boleh dikatakan seorang terlalu obses dengan fesyen pelik, Gaga mendapat gelaran Mother Monster atau ibu raksasa oleh masyarakat.
Mungkin pada mulanya, fesyen jeliknya itu dikritik hebat, namun lama- kelamaan, kerana dianggap unik, ada juga peminat Gaga yang menggelar diri mereka Little Monster yang mengikuti serta meniru arus fesyen yang direka oleh Mother Monster mereka itu.
Mungkin tidak seperti mana Gaga, namun ia menjadi ikutan para remaja khususnya untuk berani mengekspresi diri melalui fesyen unik Lady Gaga ini. Apa yang pasti, setiap kali acara atau majlis gah berlangsung, pasti ramai yang menunggu fesyen apa pula yang dipakai oleh Gaga.
Ada yang mengagungkan penyanyi itu, dan tidak kurang juga yang memboikot mahupun tidak menyukai fesyen yang ditampilkan ini. Ini kerana, bagi mereka, fesyen Mother Monster terlalu pelik sehingga ia sukar untuk diterima kerana terlalu seksi.
Pernah Gaga tampil kelihatan seolah-olah berbogel dan hanya melekatkan pita hitam pada bahagian payudaranya atau menggunakan kain jarang seperti jala menutupi badannya.
Ternyata busana seperti itu amat tidak bersesuaian dengan golongan remaja yang baru ingin mengenali dunia fesyen. Bukan itu sahaja, malah setiap kali membuat persembahan di atas pentas, aksi ghairah, seksi dan pelik seperti sudah sinonim dengan nama Lady Gaga.
Haram
Mungkin dahulu, kita kerap mendengar lagu-lagu nyanyian Lady Gaga yang diputarkan di corong-corong radio. Namun, kini, setelah dinilai semula tentang liriknya, ada beberapa negara terutamanya negara Islam memboikot wanita ini kerana menganggap ia tidak bersesuaian.
Gaga juga dikenali sebagai salah seorang artis yang lantang bersuara. Tidak kiralah pada majlis anugerah, semasa ditemu ramah malah dalam lirik lagunya sendiri yang menyatakan pendiriannya memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual.
FESYEN pelik Lady Gaga antara faktor yang berjaya menjadikan dirinya meraih populariti mendadak dan menggunung di seluruh dunia.


Dianggap akan merosakkan akhlak pemuda dan pemudi, beberapa negara termasuk Malaysia dan Indonesia, bertindak mengharamkan bagi mengadakan konsert jelajah Lady Gaga, The Born This Way Ball.
Cita rasa pelik
Bukan sahaja Gaga yang sinonim dengan fesyen yang dianggap pelik, namun ada sesetengah nama popular yang boleh dianggap gemar berpenampilan pelik ketika muncul di khalayak ramai.
Sebelum Gaga muncul dengan idea eksentriknya, penyanyi kelahiran Iceland, Bjork telah lama memegang takhta penyanyi wanita dengan fesyen paling eksentrik dan kerap menerima kritikan kerana ketidakseragaman fesyen yang digayakan.
Penyanyi yang kini berusia 46 tahun itu cukup terkenal dengan fesyen gaun 'angsa' yang mendapat kritikan cukup hebat sewaktu dia muncul dalam sebuah acara karpet merah majlis Anugerah Academy ke-73 pada 25 Mac, 2001. Namun Bjork tidak pernah menghiraukan soal kritikan terhadap penampilannya kerana beranggapan ia sebagai identiti dirinya.
Marilyn Manson juga antara artis yang sangat terkenal dengan imej peliknya selain muzik yang disampaikannya. Jika melihat gambar-gambar Marilyn, pasti ada yang ngeri dengan penampilan seram dengan solekan yang dikenakan.
Sering bergincu merah, bercelak hitam dan solekan tebal serta tidak kurang juga fesyen pelik yang menampilkan dirinya sebagai penyanyi heavy metal dan rock ekstrem, itulah gaya yang mewakili ketrampilan pemilik nama sebenar Brian Hugh Warner ini.
Nicki Minaj seorang penyanyi hip hop dari Amerika Syarikat ini juga tidak lari dari mendapat kritikan fesyen dari segelintir masyarakat.
Putih, hijau, kuning, merah jambu, merah, hitam namakan sahaja warna yang ada, pasti salah satu warna tersebut pernah digunakan wanita ini untuk mewarnakan rambutnya dengan fesyen kostum, potongan dan dandanan pelik.
Nikki yang juga lebih gemar berimej seksi juga memilih untuk tampil dengan fesyen pelik dan berbeza dari apa yang pernah digayakan oleh selebriti lain termasuk Lady Gaga.
Pada hakikatnya, artis-artis yang memakai fesyen jelik dan pelik ini lebih pantas mendapat perhatian berbanding yang sebaliknya. Namun, kesemua mereka ini bukan sahaja pelik tapi juga mempunyai bakat besar dalam industri seni.
IMEJ Marilyn Manson yang dilihat sebagai keterlaluan dan pada masa yang sama amat menyeramkan.


Berbanding fesyen yang digayakan Gaga, Bjork, Marilyn Manson dan Nicki Minaj, satu-satunya fesyen eksentrik yang menjadi ikutan di seluruh dunia adalah fesyen yang digayakan oleh aktor Johnny Depp.
Terbukti melalui beberapa filem lakonannya sebelum ini seperti Edward Scissorhands (1990), Charlie and the Chocolate Factory (2005), siri filem Pirates of the Caribbean, Alice in Wonderland (2010) dan baru-baru ini Dark Shadow.
Pelakon itu sentiasa membawa nama-nama pereka fesyen terkenal dan selalunya menyerlahkan personalitinya hanya melalui berpakaian.
Depp adakalanya meminjam elemen fesyen daripada anggota kumpulan Rolling Stone, Keith Richards dan gothic rocker seperti Marylin Manson.
Dia juga turut menampilkan dirinya sebagai ikon Edwardian, bintang rock, lanun, koboi, gengster Perancis bersama aksesori yang meniru karakter dalam filem lakonannya.
Aksesori kegemarannya pula biasanya terdiri daripada cermin mata hitam warna ungu dari butik Retrospecs, skarf, topi fedora, topi koboi, gelang belulang, rantai, cincin tengkorak, vest dan suspender.
Biasanya pakaian dan kasutnya kelihatan lusuh dan gaya bohemian itu menjadi kegemarannya sejak 
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...