Sunday, June 10, 2012

Fouziah Gous 'tauke' Glam bazaar

Fouziah Gous
Fouziah Gous
Nabila Huda
Gerai Nabila Huda antara yang paling laris dikunjungi kerana dia sendiri yang
menunjukkan bakat memasaknya di sana.
Penglibatan selebriti ke dunia perniagaan bukan lagi satu perkara baru. Malah di luar negara sekali pun, golongan selebriti berlumba-lumba menceburi bidang perniagaan.

Begitu juga di Malaysia, ada di kalangan artis yang memilih untuk membuka butik pakaian, aksesori, kasut dan tidak kurang juga ada yang membuka spa dan salun.

Namun, berlainan pula selebriti seorang ini yang kini digelar 'Tauke Glam Bazaar'.

Mula menceburi bidang perniagaan dengan menyediakan platform kepada para selebriti untuk menjual koleksi pakaian dan barangan eksklusif mereka di Glam Bazaar, Fouziah Gous yang bertindak sebagai pengurus projek merencana idea tersebut sejak awal tahun bersama dua lagi rakan kongsinya, Nor Hazwani Radzi dan Iyleeya Aldamar.

Menurut gadis tinggi lampai ini, idea asal mereka pada mulanya hanyalah untuk berniaga koleksi barang seperti di dalam Car Boot Sale, namun setelah masing-masing berbincang, timbullah idea untuk menubuhkan Glam Bazaar.

“Sebenarnya, saya terfi kir untuk jual koleksi pakaian dan barangan saya kerana almari pakaian saya telah pun penuh. Pada mulanya, saya berhasrat untuk beri sumbangan pakaian kepada anak yatim, namun setelah di fi kir kembali lebih elok jika diganti sumbangan tersebut dalam bentuk wang.

“Idea asalnya ialah untuk berniaga Car Boot Sale, namun setelah berbincang dengan dua rakan saya, kami mula merancang untuk membuka Glam Bazaar,” katanya yang mengambil masa selama 10 hari untuk merencanakan bazar tersebut.

Sanggup berhempas pulas demi ‘bayi sulung’nya itu, Fouziah bersama dua rakan kongsinya terpaksa bersengkang mata demi memastikan perjalanan program berjalan lancar.

Mula membuka Glam Bazaar pertama pada 3 Mac dan 4 Mac lalu bertempat di Adik Villa, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, pelakon Trilogi Cinta ini gembira melihat sambutan yang diberikan.

“Biarpun hanya memakan masa 10 hari untuk merealisasikan program ini, namun Alhamdulillah sambutan yang diberi cukup memberangsangkan.

“Malah, ramai selebriti turut berminat hantar koleksi pakaian mereka kepada kami untuk dijual,” katanya semasa pembukaan Glam Bazaar kali kedua pada 3 Jun lalu.

Menegaskan perniagaan yang mula diceburi ini bukan bersifat mengaut keuntungan, gadis berusia 30 tahun ini bagaimanapun memberitahu ingin berkongsi sesuatu yang istimewa dengan peminat.

Tambahan pula katanya, setiap barangan yang dijual ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mampu milik.

“Jadi, di Glam Bazaar kami menyediakan ruang untuk artis mempamerkan koleksi pakaian dan barangan mereka yang kebanyakannya dibeli dengan harga mahal, namun di sini, kami jual dengan harga yang murah.

“Malah, jika ada peminat yang menginginkan barangan tersebut, harga juga boleh ditawar,” katanya sambil beritahu kadar harga yang dijual di Glam Bazaar tidak melebihi RM200.

Menyentuh mengenai bazar yang dibuka, Fouziah berkata, ada sesetengah artis yang menjual koleksi mereka untuk disumbangkan kepada badan-badan kebajikan atau tujuan amal.

Tanpa meletakkan sebarang bayaran sewa kepada artis yang berminat untuk berniaga di situ, Fouziah merasakan inilah masanya untuk para selebriti yang berniat untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Malah, peminat yang datang langsung boleh beramal kepada badan-badan yang memerlukan,” ujarnya lagi.

Seramai lebih 30 selebriti yang bekerjasama beri barangan dan pakaian mereka untuk dijual di Glam Bazaar termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Marsha, Iqram Dinzly, Dynaz, Julia Ziegler, Siti Saleha, Sari Yanti, Siti Fazurina, Shaheizy Sam, Mia Sara, Intan Ladyana, Johan Asa’ari, Amar dan Yasmin Hani.


Bakal rasmi eglambazaar

Tidak hanya menumpukan kepada satu perniagaan semata-mata, Fouziah turut rancang menubuhkan perniagaan secara atas talian dipanggil eglambazaar.

Masih di peringkat awal, Fouziah bagaimanapun tidak mahu peminat keliru dengan perniagaan diceburinya.

“Sebenarnya, idea membuat perniagaan atas talian sudah lama ada tetapi buat masa ini, saya mahu peminat tahu mengenai Glam Bazaar dahulu sebelum saya mempromosikan eglambazaar.

“Memandangkan Glam Bazaar kali kedua sudah berjalan, jadi kini saya akan menumpukan kepada perniagaan online saya, eglambazaar yang dijangka akan bermula sebelum bulan puasa ini,” katanya sambil memberitahu eglambazaar ditubuhkan khusus untuk semua peminat terutamanya kepada mereka yang berada di luar Lembah Klang.

Tidak mahu dikategorikan sebagai syok sendiri, pelakon dan juga model ini mempunyai perancangan rapi untuk perniagaan barunya itu.

“Jika Glam Bazaar menjual barangan terpakai daripada selebriti, tetapi eglambazaar pula kesemuanya menawarkan barangan yang baru dan segar.

“Di eglambazaar, kami ada beberapa produk, antaranya barangan Jakel, kaftan Lolita dari Jakarta, al-Quran digital, produk makanan tambahan diet dan ada juga eglamcookies yang akan dijual semasa bulan puasa nanti,” katanya lagi.


Hentian selebriti berniaga

MENYENTUH mengenai kehadiran artis di bazar itu, pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur ini memberitahu, tidak memaksa setiap selebriti untuk berkumpul di sana.

Faham akan jadual dan tugasan selebriti yang tidak tentu masa, Fouziah bersama rakan-rakannya sanggup bekerja lebih masa untuk menjadikan program mereka berjalan lancar.

“Saya cukup berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu untuk menjayakan program ini kerana ada di kalangan artis yang tidak sempat untuk menggantung pakaian mereka di gerai-gerai jualan.

“Jadi, kami di sini tidak berkira untuk membantu selebriti-selebriti yang berminat untuk turut serta dalam Glam Bazaar,” katanya sambil memberitahu hanya mengadakan bazar itu selama dua atau tiga kali setahun bagi beri peluang kepada para selebriti mengumpul barangan yang ingin mereka jual.

Tambah Fouziah lagi, selain jual pakaiannya sendiri, dia turut promosi tudung yang pernah dipakai semasa drama.

“Ada di kalangan peminat bertanyakan tudung yang sering saya pakai di dalam drama. Di Glam Bazaar, saya promosikan tudung ini yang saya ambil daripada Galeri Muslimah.

“Menariknya, tudung ini sukar didapati kerana galeri Muslimah bukan butik, sebaliknya sebuah ruang pameran.

“Malah, sudah ramai artis yang memakai tudung ini kerana kain yang digunakan cukup berkualiti dan diambil dari Itali dan United Kingdom,” katanya sambil memberitahu tudung itu merupakan barangan yang paling laris di bazar.

Selain menjual koleksi pakaian dan barangan selebriti, Glam Bazaar turut menawarkan peluang untuk para selebriti datang sendiri bertemu peminat sambil berniaga.

Antara artis yang turun padang di Glam Bazaar bagi menjual produk mereka ialah Enot dan Nabila Huda.

“Seperti yang kita tahu, Enot terkenal dengan jualan biskut, kek dan kek cawannya. Jadi, saya sediakan gerai untuk Enot menjual sendiri produknya itu.

“Menariknya lagi, di jualan Glam Bazaar kali kedua ini, Nabila Huda turut serta menjadi ‘chef’ menunjukkan kepakarannya memasak pasta, spageti dan lasagna,” katanya lagi sambil memuji masakan anak Amy Search itu.' 
@sinarharian.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...