Tuesday, June 12, 2012

Dituduh Jadi Pelacur, Aktres HK Zhang Ziyi Saman Akhbar Popular

HONG KONG:Aktres Hong Kong (HK), Zhang Ziyi (gambar) telah memfailkan saman terhadap akhbar The Apple Daily dan juga terbitan mingguannya, Next Magazineberhubung laporan yang menuduhnya menjual diri kepada pegawai-pegawai tinggi Parti Komunis China sehingga mengumpul kekayaan berjuta-juta dolar.
Bintang Crouching Tiger, Hidden Dragon itu telah memfailkan samannya secara rasmi di Mahkamah Tinggi Hong Kong pada Isnin menyatakan laporan itu adalah satu fitnah yang serius dan palsu.
Apple Daily pada 29 Mei lalu menuduh Zhang sebagai seorang pelacur kelas atasan dan membuat hubungan seksual dengan seorang pemimpin kanan Parti Komunis China, Bo Xilai dan Xu Ming.
Akhbar tabloid itu juga mendakwa aktres berusia 33 tahun itu juga melakukan hubungan seks dengan beberapa lagi pemimpin tinggi China juga dengan jutawan-jutawan China yang nama mereka dirahsiakan.
Akhbar berkenaan juga mendakwa Zhang telah mengumpul kekayaan sehingga 700 juta yuan (RM341 juta) melalui aktiviti ini sepanjang tempoh 10 tahun lalu.
Zhang dalam samannya menyebut bahawa beliau telah mengalami kerosakan imej yang teruk yang bakal menjejaskan kerjaya dan juga profesionnya sebagai seorang figura awam.
Apple Daily, adalah akhbar yang sering melaporkan gosip tentang selebriti malah kerap kali mengkritik pihak berkuasa Republik Rakyat China.
Manakala Bo pula baru sahaja dipecat sebagai Ketua Parti Komunis Bandar Chongqing Mac lalu dan kemudian digantung sebagai anggota Politburo Parti Komunis Pusat kerana didakwa terlibat dalam satu masalah disiplin yang serius yang dikaitkan dengan rasuah.
Isterinya, Gu Kailai ditahan oleh pihak berkuasa selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang ahli perniagaan Britain.
Apple Daily dan Next Magazine dimiliki oleh usahawan Hong Kong, Jimmy Lai dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Next Media yang disenaraikan di Papan Utama Saham Hong Kong - Hang Seng.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...