Tuesday, June 12, 2012

Anak sokong Madhuri Dixit

MADHURI DIXIT


MADHURI DIXIT sekali lagi akan duduk di kerusi juri program realiti tarian Jhalak Dikhla Ja untuk musim terkini. Ujar Dixit, dua orang anaknya iaitu Arin dan Ryan lebih teruja untuk melihat keberaniannya melontarkan kritikan buat para peserta.
"Mereka mahu tahu berapa markah yang akan saya berikan kepada para peserta dan kritikan yang bagaimana akan saya lontarkan. Mereka sangat teruja," ujar Dixit.
Aktres tersebut turut menambah bahawa anak-anaknya amat gemar menari. "Mereka terbabit dengan banyak aktiviti seni di sekolah dan apabila pulang ke rumah, mereka akan membuat persembahan tarian di hadapan saya," katanya sambil ketawa.
Selain Dixit, kerusi juri juga buat pertama kalinya akan diisi oleh pengarah terkenal, Karan Johar. Hal itu membuatkan Dixit sedikit terkejut dan dalam masa sama teruja untuk mengetahui bagaimana Johar memberi penilaian terhadap para peserta program yang sedang menjalani penggambaran sekarang.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...