Thursday, June 7, 2012

Aaron Aziz Bantu Iedil Putra Mengorat Erra Fazira?

Kebelakangan ini, ramai yang meragui akan prestij pelakon Erra Fazira kerana penampilannya dalam drama – drama yang dikatakan kurang berkualiti berpunca dengan ikatan kontraknya sebagai artis residen sebuah stesen tv berbayar. Namun, Grand Brilliance menghargai nilai bintangnya dan amat berbesar hati apabila Erra Fazira menyahut cabaran untuk memegang salah satu watak utama dalam filem romantik komedi terbarunya, Ngorat yang akan keluar di pawagam pada 5 Julai 2012 ini.

Aaron Aziz, Iedil Putra Ngorat erra Fazira
“Bukan saya tidak mahu berlakon tetapi saya perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada puteri kesayangan kami, Aleesya, kerana dia amat memerlukan saya pada waktu itu,” jelas Erra Fazira yang dikatakan hilang dari dunia lakonan filem selama dua tahun, Beliau menegaskan juga bahawa pengalamannya berlakon sebanyak 34 filem sebelum ini membolehkannya memberikan lakonan yang berkesan dan beliau pasti tidak akan menghampakan peminat beliau.
Erra Fazira memegang watak sebagai Kira, seorang wanita yang berdikari dan berpendirian tegas. Kira juga kawan baik kepada Ijam yang dilakonkan oleh Iedil Putra. (Projek Pop, KL Zombie). Ijam pula memainkan watak sebagai seorang teruna ‘loser’ yang sering malang dalam percintaannnya. Ijam menempuhi pelbagai kesukaran dalam usahanya untuk memikat wanita dan di sinilah bermulanya plot utama filem ini apabila Arjuna Kasih (Aaron Aziz) muncul dan membantu menyediakan tips-tips untuk digunakan oleh Ijam untuk mendapatkan cinta.

Aaron Aziz, Iedil Putra Ngorat erra Fazira
Filem ini bukan sahaja menyerlahkan bakat melawak Aaron Aziz sebagai ‘love guru’ tetapi juga keberkesanan lakonan Erra Fazira kerana karakternya yang seakan tomboi dan sangat lantang, namun mempunyai daya penarik yang tersendiri.

Aaron Aziz, Iedil Putra Ngorat erra Fazira

@buahmulut.com

Lagi gambar2 menarik disini..Klik!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...