Sunday, May 6, 2012

Pelik! Sedar2 dan beranak?

Pelik, Sedar-sedar Sudah Beranak

Tennessee- Seorang wanita tidak mengetahui dia mengandung dan melahirkan anak beberapa jam selepas mendapat perkhabaran gembira itu, setelah bertahun-tahun mencuba pelbagai rawatan untuk membolehkannya mengandung.
Amanda Prentice dan suaminya, Billy, telah mencuba selama empat tahun untuk mendapatkan anak malah mereka bercadang mengambil seorang anak angkat.
Kehamilan itu langsung tidak disedari oleh Amanda mahu pun suaminya .
Dia hanya mengetahui mengenai kandungan itu selepas mengalami serangan sakit jantung dan dimasukkan ke hospital.
Kerana keadaannya yang disifatkan dalam bahaya, Amanda dipindahkan ke hospital lain dengan menggunakan helikopter.
Amanda tidak sedarkan diri selama dua hari.
Namun selepas sedar, dia dimaklumkan oleh doktor, sakit jantung yang dialaminya itu berlaku akibat komplikasi kandungannya.
“Selepas sedar, doktor memaklumkan mereka mempunyai berita baik dan buruk iaitu tekanan darahnya meningkat naik dalam masa beberapa hari.
“Namun berita baiknya, saya memiliki seorang bayi,’ katanya.
Menurut Amanda, dia langsung tidak merasai pergerakan bayi dalam kandungannya malah memakai pakaian yang sama yang dipakainya sejak dua tahun lalu.
“Satu-satunya petanda yang ada ialah kaki saya bengkak, itu sahaja,’’ katanya.
Dalam pada itu, suaminya berkata, jika orang lain mengetahui mereka akan mendapat anak dalam masa lapan atau sembilan bulan, namun dia hanya mengetahui dalam masa lima jam sebelum bayi itu dilahirkan.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...