Sunday, May 6, 2012

Strauss-Kahn Dituduh Rogol Beramai-ramai

Strauss-Kahn Dituduh Terbabit Rogol Beramai-ramai

PARIS – Bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, sekali lagi berdepan tuduhan salah laku seks.
Kali ini, hakim mengarahkan polis menjalankan siasatan terhadap dakwaan Strauss-Kahn terbabit dalam insiden rogol beramai-ramai dan pesta seks ganas.
Menurut media semalam, Strauss-Kahn mungkin terbabit bersama tiga rakannya melanggan pelacur dan mengadakan hubungan seks “di luar kerelaan” wanita terbabit.
Sumber berkata, setiap pelacur itu dibayar £800 RM3,928) satu malam.
“Insiden itu berlaku di sebuah lokasi di Washington,” katanya.
Jika didapati bersalah, Strauss-Kahn boleh penjara sehingga 20 tahun.
Siasatan itu dijalankan selepas seorang pelacur Belgium – dikenali sebagai Marion – tampil mengemukakan bukti.
Ketika disiasat polis, Marion berkata, Strauss-Kahn, 63, menggunakan kekerasan ke atasnya untuk hubungan seks beramai-ramai.
Katanya, Strauss-Kahn mencengkam tangannya sebelum menarik rambutnya. – TS
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...