Sunday, May 6, 2012

Air Mata Ibu – Azmin Tidak Mengaku Salahnya

Air Mata Ibu - Azmin Tidak Mengaku Salahnya

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengambil pendekatan dan jawapan politik berkaitan kekecewaan yang diluahkan ibunya baru-baru ini.
Beliau menyifatkan tindakan media menyiarkan luahan hati ibunya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) sudah semakin hampir.
Beliau juga seperti biasa mengambil jalan mudah dengan menyalahkan UMNO dalam hal melibatkan kekecewaan orang tuanya itu.
Azmin menyifatkan itu cara UMNO untuk meraih undi tanpa menjelaskan apa yang akan dibuat beliau selepas ibunya mengalirkan mata atas
sikapnya selama ini.
Beliau memberitahu demikian kepada kumpulan pemberita selepas satu majlis di AU3, Keramat di sini sebentar tadi.
Semalam, Mynewshub menyiarkan luahan kekecewaan Che Tom Yahaya, 78, dengan sikap Azmin yang tidak mahu datang melawatnya walaupun
jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.
“Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” katanya.
Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.
“Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.
“Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.
“Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...