Wednesday, May 30, 2012

Intan Ladyana Belum Sedia Berkahwin?

Intan Ladyana

Pelakon tinggi lampai, Intan Ladyana enggan menetapkan satu jangka masa tertentu dalam rancangan untuk berkahwin dengan pelakon lelaki manis, Kamal Adli.
Intan percaya, hubungan cinta yang disulam bersama Kamal yang hampir menjangkau usia tiga tahun itu pastinya akan berakhir juga ke jinjang pelamin.
Cuma, Intan tidak mahu terlalu meletakkan isu berkahwin sebagai perkara utama untuk dia meneruskan kehidupannya.
Bagi Intan, dia dan Kamal masih lagi perlu untuk menyediakan perkara-perkara yang penting sebelum merancang perkahwinan mereka serta mahukan simpanan yang kukuh untuk digunakan selepas mereka bersatu nanti.
“Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang harus diselesaikan sebelum kami berdua memutuskan untuk berkahwin.
“Sebagai wanita yang hidup di zaman moden, saya sedang berusaha mengumpul duit dan aset sendiri sebagai perlindungan dan bantuan di masa akan datang atau kecemasan,” kata Intan seperti dalam laporan berita portal Murai.com.
Intan juga berfikir, tanggungjawab untuk menjadi seorang isteri terlalu besar untuk digalas.
Maka, dia perlu untuk memahami tugas-tugas dan tahu akan tanggungjawab sebagai isteri dalam berumah tangga.
“Lagipun bukannya mudah untuk menjadi isteri di zaman sekarang. Begitu juga dengan Kamal Adli. Bukannya mudah untuk bergelar suami. Tanggungjawab sangat berat dan pastinya simpanan juga perlu ada.
“Saya mahu, biarlah perkahwinan itu nanti akan menjadi pertama dan terakhir dalam hidup saya. Tak perlu terlalu tergesa-gesa sehingga membawa kepada penceraian,” katanya.
Dalam pada masa yang sama, Kamal begitu terharu kerana Intan begitu memahami keadaan dirinya serta gembira apabila Intan tidak terlalu memaksa dia memikirkan soal perkahwinan.
Malah, aktor itu juga berjanji akan menjaga Intan dengan sebaiknya hinggalah mereka akan berkahwin satu hari nanti.

@mynewshub.my

Klik foto!

Lisa Surihani Sudah Berisi

Lisa Surihani Sudah Berisi
GUA pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan sama cantik sama padan, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani menimang cahaya mata. Jika Lisa mengandung, pasti ramai peminat setianya yang akan gembira dengan berita tersebut. Malah, GUA juga boleh bayangkan, anak mereka nanti pasti comel seperti ibu bapanya juga. Namun, tajuk di atas bukan bermaksud Lisa sudah berisi atau dalam istilah lain sudah hamil, namun berisi yang dimaksudkan ialah dari segi penampilan fizikal beliau sekarang.
“Ramai yang tegur penampilan Lisa sekarang yang agak berisi sedikit. Tidak dinafikan, selepas berkahwin, berat Lisa dah naik iaitu dari 46 ke 50kilogram sekarang. Alhamdulillah, sama juga seperti kehidupan orang lain selepas berkahwin, Lisa bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang,” ujar Lisa memberitahu tanggal 23 Mei lalu genap 3 bulan usia perkahwinan mereka.
“Ia satu proses yang sangat seronok. Walaupun sibuk, namun masing-masing saling memahami sebab dalam satu industri. Kami merancang masa dan walau sesibuk manapun, kami akan tetap berusaha untuk luangkan masa bersama-sama.
“Malah, ketika Lisa shooting filem ‘Dendam Orang Mati’ hari itu, Yusry juga akan datang ke lokasi dan buat kerja dia di sana. Macam sekarang, Yusry sedang sibuk dengan ‘post-production’ filem ‘Vikingdom’ dan juga ‘29 Februari’, namun kami akan cuba juga cari waktu bersama.”
GUA sempat bertanya kepada Lisa sama ada dia sudah memasak untuk suami kesayangannya itu dan Lisa memberitahu, “Saya pernah masak untuk Yusry. Bagi Lisa, Yusry seorang yang ‘simple’ dan tidak cerewet. Dia tidak suka dengan makanan Korea dan Itali di mana Yusry adalah peminat besar makanan laut terutamanya ketam. Lisa gembira bila tengok Yusry menikmati ketam dengan bersungguh-sungguh.”
Sebelum ini timbul cerita kononnya Lisa ‘menghalau’ Yusry dari lokasi penggambaran ‘Dendam Orang Mati’ dan Lisa memberitahu, “ Saya bukan halau cuma saya tak bagi dia datang ke set sebab waktu itu saya ada satu babak berat.
“Saya kena buat babak mengamuk dan jika saya tahu dia datang, saya tak boleh nak buat. Ini kerana saya akan cair bila melihat muka dia. Saya hanya bagi dia datang selepas selesai buat babak tersebut. Sebelum ini pun ketika kami sama-sama berlakon filem ‘Ular’ dan memerlukan babak kami memandang antara satu sama lain, Lisa tak boleh buat. Malah, menjadi persoalan juga di sini, adakah Lisa mampu bekerja di bawah arahan dia selepas ini. Apapun, Lisa rasa memang tak boleh kerana bila tengok wajah dia saja, Lisa akan cair.”
Menyentuh soal anak pula, Lisa memberitahu menyerahkan segalanya kepada rezeki dan mengakui tidak merancang mengenai soal cahaya mata. Dalam pada masa yang sama, Lisa yang bakal muncul dengan filem ‘Saya Amat Mencintaimu’ dan ‘Istanbul Akan Datang’ pada bulan Ogos ini juga turut memberitahu tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru mereka nanti. – petikan dari Gua.com.my
@mynewshub.my

Lelaki Hadiahkan Tuala Wanita Kepada Liyana Jasmay Ditahan

Lelaki Intip Liyana Ditahan

Seorang lelaki misteri yang merupakan peminat fanatik kepada selebriti cilik comel terkenal, Liyana Jasmay telah ditangkap oleh polis pada Khamis lalu kerana menggangu privasi pelakon tersebut.
Lelaki tersebut didapati berlegar-legar di hadapan rumah Liyana Jasmay termasuk membawa hadiah. Namun, yang menjengkelkan lagi apabila lelaki tersebut turut pernah memberi tuala wanita sebagai hadiah.
Menurut Liyana, ganguan ini bukanlah kali pertama tetapi sebaliknya kali keenam sejak November tahun lalu.
Lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu sering membawa hadiah kepada Liyana seperti baju-T, kasut, minyak wangi, cakera padat termasuk tuala wanita.
Pihak polis telah memberkas lelaki tersebut di hadapan rumah Liyana sekitar jam 11.40 malam, kelmarin. Keluarga Liyana telah membuat laporan polis selepas melihat gelagat yang mencurigakan serta rasa terancam terhadap tindakan lelaki tersebut menerusi rakaman kamera litar tertutup.
@mynewshub.my

Cayalah! Berani Tak Lelaki Lain Buat Macam Pengantin Ni?

Cayalah! Berani Tak Lelaki Lain Buat Macam Pengantin Ni?
Setiap pasangan pengantin yang sedang menunggu detik diijab kabulkan pastinya akan berasa gementar atau senang cakap, ‘nervous’.
Perasaan gementar yang paling dirasa adalah bagi pengantin lelaki kerana kaum lelakilah yang akan berdepan dengan tok kadi untuk melafazkan akad nikah bersetuju untuk memiliki pengantin perempuan sebagai isterinya secara sah.
Selalunya, kalau pengantin lelaki terlalu gemuruh atau ‘nervous’ yang terlampau, pengantin lelaki boleh tersasul sewaktu akad nikah dan terpaksa diulang-ulang proses lafaz akad nikah.
Manakala bagi pengantin perempuan, pastinya akan menitiskan air mata kerana sedih dirinya sudah pun memikul tanggungjawab sebagai isteri dan tidak lagi di bawah tanggungan ibu dan ayah.
Tetapi, dalam video bertajuk ‘Pengantin Rock’ yang diambil dari laman You Tube, lain pula reaksi seorang pengantin lelaki itu selepas dia selesai mengucapkan akad nikah di depan tok kadi.
Pada awalnya dia kelihatan seperti juga pengantin yang lain, nampak berdebar dan takut-takut. Namun, penghujungnya atau penutup akad nikah tu memang tidak dapat diduga.
Penulis percaya, mungkin pengantin lelaki itu terlalu gembira kerana dapat melepasi detik-detik cemas untuk bergelar seorang suami.
Apa lagi, terus jerit ‘YES’lah! Sambil menunjukkan isyarat tangan ‘rock’nya.
Bayangkan, pengantin perempuan yang berada di belakangnya mungkin tidak jadi untuk menitiskan air matanya. Yang terjadi secara spontan, ketawa berdekah-dekah!
Penulis bukan berniat untuk mengaibkan pasangan pengantin di dalam video itu, tetapi lebih kepada berkongsi kegembiraan yang dialami oleh pengantin lelaki. Teruja pula melihatkan reaksi spontan pengantin lelaki itu.
Buat bakal lelaki-lelaki yang ingin berkahwin di luar sana terutama ketika cuti sekolah sekarang ini, agak-agak berani tidak untuk membuat aksi seperti pasangan ini? Mana tahu ada yang berani untuk menukar ‘tradisi’ sedih dalam upacara akad nikah kepada kenangan yang gembira? Siapa tahukan?
Ambil kisah berani pengantin lelaki itu dari sudut yang positif ya?
Oleh: NAIMAH SHAARI
@MYNEWSHUB.MY

Selebriti Popular Mabuk Sebelum Atau Selepas Pulang Dari Umrah?

Selebriti Popular Mabuk Sebelum Atau Selepas Pulang Dari Umrah?

Apabila seseorang ke Tanah Suci Mekah, pastinya semua mendoakan agar berubah menjadi lebih positif. Mungkin sukar untuk berubah 100 peratus, tetapi kepada yang lebih baik dari sebelumnya.
Namun sebaliknya berlaku kepada seorang artis ini.
Memetik dari Rotikaya.com, mereka telah menerima satu email yang dihantarkan berkongsi beberapa gambar seorang selebriti yang didakwa masih ke kelab hiburan walaupun baru pulang dari menunaikan ibadah umrah.
Gambar tersebut memperlihatkan pelakon itu terbaring sehinggakan tidak menyedari orang mengambil gambarnya.
Malah lebih menyedihkan, artis tersebut dalam keadaan khayal dan seolah-olah hanya memakai seluar dalam di sebuah kelab hiburan.
“Kami sebenarnya agak kurang percaya dengan gambar yang dihantar ini tetapi apabila diteliti figura dalam gambar ini 99% mirip kepada selebriti kesayangan kami ini,” memetik dari Rotikaya.com.
Namun, terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa gambar selebriti kesayangan ramai tersebut adalah gambar lama dan sengaja disebarkan setelah dia pulang dari menunaikan umrah.
Mungkin ada yang tidak puas hati dengan artis tersebut.
Kadang kala, manusia tidak terlepas dari melakukan dosa dan tidak mungkin berubah sekaligus, namun kita sentiasa mendoakan segala yang terbaik.
Tidak kiralah sebelum atau selepas pulang dari umrah, sebagai ‘public figure’ seseorang selebriti haruslah menampilkan sikap yang positif kepada semua peminatnya.
Perkara yang terpenting, jauhilah diri dari melakukan kemungkaran tidak kira pada bila-bila masa pun.
@mynewshub.my

Elia Bekas Tunang Khairul Fahmi Jalani Ujian HIV…Dah Nak Kahwin Ke?

Elia Bekas Tunang Khairul Fahmi Jalani Ujian HIV...Dah Nak Kahwin Ke?

Sedikit gosip ringan daripada kami. Setakat ini masih tiada sebarang kata-kata pengesahan daripada mulut Elia atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 23 tahun mengenai perancangannya untuk berkahwin.
Namun, seorang peminat memaklumkan bahawa Elia dipercayai akan melangsungkan perkahwinan berdasarkan sebuah artikel berjudul ‘Type-Less Thursday‘ dalam bloghttp://jejariruncing.blogspot.com dimana dia telah menghadiri ujian saringan HIV sebagai memenuhi prosedur Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam urusan perkahwinan.
Barangkali ada yang tertanya-tanya, siapakah Elia?
Dia merupakan seorang wanita yang pernah singgah di dalam hidup penjaga gol Malaysia, iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.
Mengimbas kembali, ikatan pertunangan mereka telah diputuskan atas sebab peribadi sehingga membangkitkan kontroversi ekoran pelbagai kenyataan-kenyataan panas seperti yang dipaparkan dalam surat khabar mahu pun blog tempatan.
Sekitar Ogos tahun lalu, Elia mendakwa Apek mula berubah sikap terhadap dirinya.
Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.
Kemudian, Apek telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia melalui sebuah akhbar tempatan 3 hari selepas tamatnya perlawanan Malaysia Vs Singapura yang berlangsung pada 28 Julai 2011.
Pada April tahun ini pula, Apek pernah memberikan kenyataan kepada wartawan URTV bahawa dia sudah single dan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarganya terlebih dulu.
Berbalik kepada topik asal, kami percaya Elia juga telah belajar daripada pengalaman lalu dan tak salah rasanya jika kami ucapkan selamat berumahtangga kepada dia. Tahniah buat Elia! – www.ohbulan.com
@mynewshub.my

Kisah Ayam Yang Masih Hidup Walau Sudah 9 Hari Disembelih…

Kisah Ayam Yang Masih Hidup Walau Sudah 9 Hari Disembelih...

Tiada sesiapa yang dapat menafikan kekuasaan yang dimiliki oleh Allah S.W.T baik manusia mahu pun makhluk-makhluk lain.
Setiap yang hidup dan mati, semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T dan ketentuan itu jugalah dapat dilakukan olehNya hatta dalam sekelip mata.
Misteri menyelubungi sebuah kampung Bukit Raya Dalam di Pendang apabila seekor ayam sabung kacukan selasih yang disembelih masih lagi hidup walaupun sudah melepasi sembilan hari ternakan itu disembelih.
Kejadian tersebut masih lagi baru di mana pemilik ayam ternakan itu, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayamnya untuk dijadikan juadah pada dua minggu yang lepas.
Selepas disembelih, Esomuddin membiarkan ayam itu mati dengan sendirinya memandangkan urat mareh dan urat leher sudah pun terputus.
Bagaimanapun, selepas dua jam dibiarkan ayam itu untuk ‘mati’, Esomuddin terkejut kerana ‘nyawa’ ayam itu masih lagi panjang.
“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.
“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,”
Dengan keajaiban dan misteri yang terjadi di kawasan kampung itu, ramai pula yang menawarkan harga yang tinggi untuk memiliki ayam tersebut.
Tetapi, Esomuddin menolak pelawaan tawaran yang diberikan berikutan takut sekiranya perkara misteri itu berubah menjadi khurafat.
Semalam, genap sembilan hari ayam tersebut masih lagi bernyawa. Esomuddin sendiri berasa kasihan dengan ayam itu memandangkan haiwan ternakannya itu tidak dapat makan kerana urat leher sudah diputuskan.
Namun, seorang penduduk kampung tersebut telah membacakan beberapa surah dan ayat Al-quran dan barulah ayam itu mati dengan serta-merta.
Tidaklah sukar bagi Allah S.W.T untuk menyempurnakan semula kejadian setiap makhluk setelah mengalami kereputan jasad dan tulang belakang ketika dibangkitkan atau dicipta semula.
Firman Allah S.W.T bermaksud: “Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya : “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”. Katakanlah : “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya).” – Surah Yasin : Ayat 78-79.
Subhanallah, kuasa Tuhan.
Oleh: NAIMAH SHAARI
(Sebahagian bahan adalah dari akhbar Sinar Harian)
@mynewshub.my

Isteri Orang Pujuk Yana Bermadu?

Yana Samsudin

Nampaknya, rezeki pelakon wanita dan pengarah muda, Yana Samsudin semakin mencurah-curah.
Terbaru, Yana tampil dengan aksi bersahajanya dalam filem terbaru, Aku Ada, Kau Ada? yang turut menampilkan pelakon lelaki, Shaheizy Sam.
Dalam filem itu juga Yana turut berduet dengan Shaheizy dengan judul lagu Begini Caranya.
Namun, dalam kemeriahan Yana menerima rezeki yang mencurah-curah, terdapat juga seorang wanita yang begitu mulia hatinya menawarkan sesuatu kepada Yana.
Menerusi blog hiburan Rotikaya.com, Yana menceritakan dia pernah ‘dikejar’ oleh seorang isteri kepada kenalan lelakinya yang menawarkan Yana untuk menjadi isteri kedua suaminya.
Maksudnya, wanita tersebut sanggup berkongsi suami dengan Yanalah! Atau senang cakap, bermadu.
Semuanya bermula apabila apabila Yana pernah dijemput ke rumah wanita tersebut untuk makan malam bersama.
Semenjak dari itu, wanita itu semakin ‘rancak’ memulakan usaha untuk menyatukan Yana dan suaminya.
Tetapi, keluarga Yana berulang kali memberitahu mereka tidak mahu bermenantukan suami orang.
Nampaknya, usaha wanita tersebut tidak menjadi dan hasrat untuk bermadu dengan Yana terpaksa dikuburkan.
Kasihan…

Kata Nora Danish Itu Semua Fitnah

Gosip orang Ketiga Dan Gambar Di Kelab Adalah Fitnah!

Lumrah buat semua manusia yang hidup di dunia ini terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan yang sememangnya memberi kematangan buat seseorang untuk menjadi insan yang lebih berguna.
Tidak terlepas daripada perkara yang sama, aktres jelita, Nora Danish yang terpaksa berhadapan pelbagai kontroversi tidak pernah melatah malah sentiasa berfi kiran positif terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.
Masih belum reda dengan isu gambar seksi yang terpampang di sebuah majalah, kini bintang drama bersiri ‘Tentang Dhia’ ini sekali lagi dikaitkan dengan gambarnya di sebuah kelab hiburan.
Selain itu, Nora juga telah dikaitkan sebagai punca utama kes pemfailan cerai yang dilakukan pelakon kacak, Adi Putera terhadap isterinya, Aida.
“Gosip yang mengatakan saya adalah orang ketiga dalam kes pemfailan penceraian Adi Putera dan gambar di kelab itu adalah fitnah.
“Sebagai manusia biasa saya tidak dapat lari daripada dugaan ini lebih-lebih lagi gosip dan kontroversi adalah asam garam dalam kehidupan seorang artis,” katanya.
Berikutan itu, Nora mengakui dirinya tidak langsung tertekan dan kecewa dengan kontroversi yang dilemparkan ke atasnya kerana ketenangan yang diperoleh semasa menunaikan umrah sudah cukup buat dirinya kuat menempuhi dugaan.
“Selama 13 hari saya berada di sana saya hanya berserah kepada Tuhan. Ketenangan yang saya peroleh di sana amat membantu saya untuk hadapi dugaan ini.
“Saya reda dengan semua dugaan ini tetapi saya tidak nafi kan ada rasa bimbang dan kesian dengan keluarga yang terpaksa mengharungi tempias daripada kontroversi ini,” katanya.
Enggan sejarah berulan g
TANGGUNGJAWAB sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang difikirkan segelintir pihak.
Status sama yang dipegang Nora membuatkannya sentiasa memberi keutamaan kepada keluarga, terutama anak tunggalnya yang kini mencecah usia empat tahun.
“Setakat ini saya tidak mengalami sebarang masalah memegang status sebagai ibu tunggal.
“Bagaimanapun, saya akui untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi agak sukar kerana saya perlu lebih berhati-hati supaya perkara yang pernah menimpa saya sebelum ini tidak akan berulang,” katanya.
Tambah Nora lagi, buat masa ini dirinya masih lagi belum menemui jodohnya dan hanya mampu berserah tentang itu.
“Saya hanya akan berkahwin bila sudah bersedia sepenuhnya supaya semua dapat berjalan dengan lancar,” katanya.
KERAP memegang watak bertudung dalam lakonannya, nyata meninggalkan kesan buat aktres yang berusia 30 tahun ini.
Akui Nora, dia juga turut menyimpan hasrat untuk berhijrah seperti itu.
“Saya akui watak Muslimah sedikit sebanyak memberi keinginan buat diri saya untuk melakukan perkara yang sama. “Bagi saya, untuk bertudung, banyak perkara yang perlu dijaga. Oleh, itu saya perlu lebih bersedia untuk imej itu supaya ianya terus berkekalan.
“Saya sentiasa berdoa meminta petunjuk supaya apa yang saya hajatkan akan tercapai suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui di Program Revolusi R. Turut hadir sama pada majlis pelancaran program tersebut adalah Ketua Trafi k Pasukan Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof dan beberapa artis lain seperti Adi Putera, Intan Ladyana, Sari Yanti, dan ramai lagi. (SINAR HARIAN)
@mynewshub.my

Azmin Nafi Dakwaan Raja Petra

azmin ali
PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau terlibat dalam siasatan kes rasuah bernilai jutaan ringgit.
Selain itu Mohamed Azmin turut menyifatkan pendedahan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah membabitkannya dihentikan pada 1995 adalah tidak berasas.
“Tidak berasas, 17 tahun dulu. Baca buku Datuk Shafee Yahaya bekas Ketua Pengarah BPR (Badan Pencegah Rasuah),” katanya menerusi akaun twitternya pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap teman twitternya mengenai kes rasuah yang didedahkan Raja Petra Kamaruddin yang berlaku 17 tahun lalu sewaktu beliau menjadi Setiausaha Sulit Anwar.
Media pada Rabu melaporkan Pengarang portal Malaysia Today itu mendakwa Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengarahkan BPR tidak mengambil tindakan lanjut (NFA) ke atas Mohamed Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwanya.
Raja Petra berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerahkan dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi itu di London bulan lalu.
Sementara itu dalam reaksi lain terhadap seorang lagi pengguna twitter, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menggambarkan bahawa dakwaan yang turut mengaitkan beliau dan isterinya, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek adalah fitnah.
“Persetankan mereka. Nabi Musa dan Nabi Yusuf juga difitnah. Saya manusia kerdil. Pohon kekuatan dari Allah SWT,” katanya.
“Saya hanya insan kerdil. Dosa saya ialah saya lawan Umno,” kata Mohamed Azmin dalam tweet balas kepada seorang lagi teman twitternya. – mStar Online
@mynewshub.my

Kerana Nak Cantik, Anak Dibotox Si Ibu

Anak Dibotox Si Ibu

Biasanya, kalau mempunyai anak kecil, ibu atau bapa akan menjaga anak mereka dengan sebaik mungkin dan cuba mengelakkan sesuatu perkara yang tidak elok dari terjadi kepada anak mereka.
Berbeza dengan apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lapan tahun, Britney Champbell bila mana kanak-kanak itu terpaksa menjadi dewasa sebelum waktunya.
Kanak-kanak yang berasal dari San Francisco itu kerap disuntik Botox diwajahnya oleh ibunya sendiri, Kerry, 34 yang juga seorang pakar kecantikan.
Alasan utama Kerry berbuat demikian kerana perasaan obsesnya untuk melihat anaknya menjadi cantik supaya dapat memasuki pertandingan kecantikan.
Britney diberikan suntikan Botox dengan kuantiti sebanyak 1 hingga 2 mililiter sejak dari Mei 2010 lagi dan cecair itu disuntik di dahi, bibir dan sekitar matanya untuk mencegah proses penuaan.
Selain itu, Britney juga diberikan rawatan ‘waxing’ supaya mencegah pertumbuhan bulu-bulu halus di badannya termasuklah di sekitar kemaluannya.
Bagi Kerry, obsesinya melakukan rawatan itu kepada Britney kerana memudahkan anak gadisnya itu menjadi cantik dan yakin dia boleh menjadi artis, model atau pun penyanyi.
Apa yang pelik, Britney terlalu gembira dengan ‘rawatan’ yang diberikan oleh ibunya!
Britney mengakui ramai temannya berasa cemburu dengan apa yang Britney lalui kerana mereka masih lagi tidak diizinkan untuk mendapatkan rawatan kecantikan oleh penjaga masing-masing.
“Kawan-kawan saya semuanya berasa cemburu. Mereka juga ingin menjadi cantik seperti saya. Kerana tindakan ibu saya, saya mahu memasukkan silikon untuk membesarkan payudara saya dan menjalani pembedahan mengubah bentuk hidung saya,” kata Britney.
Pelik bukan?
@mynewshub.my

Dian Sastrowardoyo Menawan Di Cannes

Dian Sastrowardoyo

Sudah lama kita tidak dengar berita berkenaan selebriti Indonesia yang cantik menawan, Dian Sastrowardoyo.
Kali ini beliau tampil anggun saat melangkah di atas karpet merah sewaktu menghadiri Festival Filem Cannes.
Kecantikan beliau telah memukau para jurugambar serta semua yang hadir pada majlis itu.
Selain itu, yang menariknya apabila bintang L’oreal ini merupakan satu-satunya wakil dari Asia Tenggara yang hadir ke majlis berprestij itu.
Tambah menarik, pelakon yang mencipta nama menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta? ini sempat bergambar bersama bintang filem Twilight, Robert Pattinson.
@mynewshub.my

Pelakon Terkenal China, Zhang Ziyi Dibayar RM347 Juta Untuk Seks!

Pelakon Terkenal China, Zhang Ziyi Dibayar RM347 Juta Untuk Seks!

Media China hari ini kecoh dengan pendedahan skandal seks bekas pegawai tertinggi kerajaan mereka, Bo Xilai yang kini didakwa membayar sejumlah wang untuk hubungan seks bersama aktress & selebriti terkenal Zhang Ziyi.
Bo Xilai di’katakan membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktress tersebut untuk hubungan seks buat pertama kali sekitar tahun 2007 setelah mereka dikenalkan oleh rakan.
Rakan Bo Xilai yang sama, Xu Ming di’katakan menawarkan RM4.9 juta untuk Zhang Ziyi kembali ke ranjang bersama bekas pegawai kerajaan China itu.
Laporan juga menyebut yang pelakon wanita berusia 33 tahun itu telah tidur bersama Bo Xilai sekurang kurang’nya 10 kali di’antara tahun 2007 dan 2011 di Beijing, China.
Media China turut melaporkan yang kegiatan pelacuran Zhang Ziyi bukan sahaja melibatkan Bo Xilai malah beberapa lagi orang kaya & ternama China yang sehingga ke hari ini mencecah angka RM347 juta nilai keseluruhan aktiviti beliau selama ini. (via Asia One News)
Berita skandal ini di’katakan menjadi sebab utama kenapa Zhang Ziyi tidak hadir ke Festival Filem Cannes 2012 sedangkan filem terbaru beliau Dangerous Liaisons di’tayangkan buat pertama kali di sana. (petikan dari Rotikaya.com)
@mynewshub.my

KISAH BENAR: Pengalaman Hampir Diculik, Dicabul Di The Curve, Damansara

KISAH BENAR: Pengalaman Hampir Diculik, Dicabul Di The Curve, Damansara...

PETALING JAYA –  Seorang pegawai pemasaran Internet nyaris menjadi mangsa kepada beberapa perogol apabila wanita tesebut hampir dilarikan di tempat letak kereta di pusat membeli-belah The Curve di sini.
Bagaimanapun, Chin Xin-Chi melawan dan melompat keluar daripada kereta yang sedang bergerak ketika ia mahu keluar dari tempat letak kereta.
Mengimbas kembali pengalaman yang menakutkan itu di akaun Facebooknya, Chin sedang memuatkan beg beli-belahnya di tempat duduk belakang kereta teman lelakinya ketika kejadian berlaku kira-kira 5.20 petang pada Ahad.
Dia bersendirian pada hari tersebut.
“Secara tiba-tiba, pintu kereta ditutup kuat dan leher saya dicekik,” tulisnya.
“Seorang lelaki menutup mulut saya dengan tangannya dan berbisik kepada supaya tidak menjerit. Dia kemudiannya menolak saya sehingga ke lantai tempat duduk belakang kereta dan memberi isyarat sebagai tanda amaran kepada saya supaya tidak menjerit,” tambahnya.
Menurut tulisannya itu, seorang lelaki lain muncul dan mengambil kunci keretanya dan mendesak supaya memberikan tiket parkir.
“Saya beritahu mereka bahawa mereka boleh ambil apa sahaja, dan lepaskan saya pergi. Tetapi ketika itu mereka tidak langsung bertanyakan tentang wan. Namun sebaliknya, salah seorang daripada mereka cuba untuk mencabul.
“Kemudian, saya dipukul. Oh Tuhan. Oh Tuhan. Perkara ini benar-benar berlaku. Saya diculik dan saya fikir saya tahu apa yang mereka mahukan,” tulis Chin.
Sementara menunggu peluang untuk melepaskan diri, Chin berkata, dia tahu akan mereka akan memperlahankan kereta apabila mahu keluar daripada kawasan parkir.
Dia dapat membuka pintu kereta tetapi salah seorang suspek menolaknya kembali ke dalam kereta dan dia bergelut dengan kedua-dua suspek sebelum berjaya melepaskan diri.
Pengalaman pahit itu dari mula dia meninggalkan mesin bayaran tiket parkir untuk melepaskan diri – iaitu kira-kira empat minit dianggap sebagai satu mimpi ngeri,” tulisnya.
Dia turut menulis di twitternya bahawa dia bernasib baik kerana hanya mempunyai beberapa kesan calar dan lebam meskipun hilangan hampir kesemua barangan miliknya termasuk telefon bimbit.
Sementara itu, Pengurus pusat The Curve, Jazmi Kamarudin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis termasuk memberi sokongan kepada Chin.
“Memandangkan siasatan masih berjalan, kami tidak dapat memaklumkan sebarang butiran,” kata beliau.
“Kami amat menyesali terhadap insiden yang berlaku meskipun telah banyak usaha menjaga keselamat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Polis mengesahkan kejadian itu telah dilaporkan dan kes itu dikategori sebagai rompakan.(Mstar.com.my)
@mynewshub.my

Yana Samsudin & Shaheizy Sam Sekitar Pra Tonton Aku Ada Kau Ada

Berikut merupakan beberapa keping gambar Yana Samsudin dan juga Shaheizy Sam yang kami rakamkan semasa tayangan perdana Kau Ada Aku Ada. Untuk makluman Sam dan Yana merupakan meneraju utama bagi filem terbaru ini.

Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada


Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Aku Ada Kau Ada
@buahmulut.com


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...