Friday, April 6, 2012

Tiada Larangan Terhadap Watak 'Lelaki Lembut' di Saluran Televisyen Kerajaan


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Jumaat berkata tidak wujud larangan berhubung watak 'lelaki lembut' dalam saluran-saluran televisyen milik kerajaan.
"Tidak ada larangan atas mana-mana persembahan seni oleh mana-mana segmen masyarakat termasuk yang disifatkan sebagai 'lelaki lembut' (atau kewanita-wanitaan)," katanya dalam laman Twitter.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan masih berhak untuk memilih kandungan yang sesuai untuk orang awam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya.
Menteri itu memberi penjelasan berhubung laporan satu berita portal berhubung perkara itu, yang berasal dari satu entri Facebook oleh Jabatan Penerangan. -BERNAMA
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...