Tuesday, April 3, 2012

Saya Tidak Akan Dedahkan Gambar ‘Itu’ Kalau Azmin Bertaubat, Kata Ummi Hafilda


Saya Tidak Akan Dedahkan Gambar 'Itu' Kalau Azmin Bertaubat, Kata Ummi Hafilda
KUALA LUMPUR – Ummi Hafilda Ali menegaskan yang beliau tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan gambar yang dikatakan mampu ‘menggegarkan’ karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan abangnya sendiri, Azmin Ali.
Namun menurut beliau, ia tidak mungkin berlaku sekiranya kedua-dua pihak terutama Azmin mengakui kesilapan mereka dan kembali ke pangkal jalan.
Menurut Ummi Hafilda, jika mahu, beliau boleh mendedahkan gambar itu dari dulu lagi namun tidak mahu berbuat demikian kerana ia terlalu mengaibkan.
” Apatah lagi Azmin…dia abang saya, darah daging saya, saya tidak mahu dia diaibkan dalam keadaan begini tetapi nampaknya dia tidak serik-serik dengan perbuatannya itu.
” Saya akui mempunyai ‘gambar’ yang dimaksudkan dan boleh mendedahkannya bila-bila masa saja…tetapi sudah tentu ia tidak akan berlaku sekiranya dia (Azmin) bertaubat dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.
II  Foto di atas pernah popular pada tahun 1998. Satu foto yang dirakamkan menggambarkan tiga watak penting, Shamsidar Tahrin (isteri Azmin Ali), Ummi Hafilda(adik Azmin Ali) dan Anwar Ibrahim(majikan Azmin Ali).  II
Baru-baru ini laman blog suarapakatanrakyat.com melaporkan yang Ummi Hafilda mempunyai gambar isteri Azmin, Shamsidar berpelukan dengan Anwar.
Gambar tersebut khabarnya akan menjadi ‘bom nuklear’ pertama yang bakal dilepaskan Ummi Hafilda dalam kempennya untuk menjatuhkan karier politik Anwar dan Azmin
Difahamkan gambar itu masih terang dan jelas, walaupun telah berusia lebih dari 12 tahun.
Khabarnya, ia juga telah dibuktikan tulen oleh beberapa pakar luar negara dan menanti masa yang sesuai untuk didedahkan kepada umum
@mynewshub.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...