SHAH ALAM - Rumah ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat, Mazlan Aliman di Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor disimbah cat merah awal pagi ini, yang menurut beliau dipercayai ada kaitan dengan isu Felda dan tanah yang diperjuangkannya.
Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata, beliau percaya kejadian berlaku sekitar jam 3.30 pagi tadi.
"Beranda dan kaki lima pintu belakang rumah saya dsimbah cat merah awal pagi ini. Apakah motif mereka mahu menakut-nakutkan saya dan keluarga?
"Demi ALLAH, saya tidak gentar. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan membela rakyat tetap diteruskan," katanya dalam satu mesej SMS pagi ini.

Mazlan berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan isterinya bahawa ada mendengar pergerakan orang dan menghidu bau cat.
Sementara itu dipetik Bernama, Mazlan berkata, kejadian itu disedari kira-kira pukul 3.15 pagi oleh isterinya yang terdengar bunyi kereta dan pergerakan tapak kaki di kawasan hadapan dan tepi rumah.
"Saya cuba mengintai melalui tingkap bilik tetapi tidak nampak apa-apa kerana keadaan yang gelap. Saya keluar untuk memeriksa luar rumah kira-kira 15 minit kemudian dan mendapati ada simbahan cat merah di bahagian pintu dan beranda hadapan," katanya.
Mazlan berkata, dia turut menemui satu beg plastik berisi cat merah di lantai beranda rumah berkenaan.
Beliau berkata, kejadian itu dipercayai didalangi oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangannya dalam menyelesaikan isu tanah dan Felda.
Katanya, satu laporan berhubung kejadian berkenaan dibuat di Balai Polis Bukit Besar, Kota Tinggi, pada pukul 10.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit.
@sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment