Ummu Hani’: Menolak Lelaki Teragung Kerana Cemburu dan Prihatin Urusan Anak
Ummu Hani’ adalah wanita Quraisy yang bijak memberi pendapat dan berakhlak mulia.
Pada zaman jahiliyah, Rasulullah pernah meminangnya, tapi ayahnya telah menjanjikannya untuk Hubarah bin Abi Wahbin.
Pada awal perkembangan Islam, Ummu Hani’ turut masuk Islam bersama kaum wanita yang lain.
Rasulullah memisahkan Ummu Hani’ dengan suaminya yang masih kafir, sesuai dengan hukum Islam yang berlaku meskipun ia sudah dikurniai empat orang anak.
Setelah Ummu Hani’ disahkan menjadi janda dengan empat orang anak, Rasulullah lalu meminangnya untuk kali yang kedua.
Ummu Hani’ menjawab atas pinangan itu, “Ya Rasulallah, sungguh dirimu lebih saya cintai daripada pendengaran dan penglihatan saya. Namun, saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu.
Ya Rasulullah, saya tahu bahawa hak suami sangatlah besar dan harus dijunjung tinggi. Saya khuatir jika mengurusi seorang suami, lalu saya terpaksa mengabaikan sebahagian hak anak-anak saya.
Jika saya mengurusi anak-anak, saya khuatir akan mengabaikan hak suami.”
Rasulullah menghormati pandangannya. Kemudian Rasulullah memberikan pandangan, “Sesungguhnya sebaik-baik wanita yang naik unta adalah wanita Quraisy. Mereka paling sayang kepada anak-anaknya di waktu kecil, dan paling memperhatikan urusan suami.”
Sumber: http://www.iluvislam.com/
@myibrah.com
No comments:
Post a Comment