Sunday, April 1, 2012

Pengamal Ajaran Sesat Bunuh 3 Orang


Pengamal Ajaran Sesat Bunuh 3 Orang
Mexico City – Pihak berkuasa di utara Mexico telah menahan lapan orang yang disyaki membunuh tiga orang termasuk dua budak berusia 10 tahun sebagai korban untuk dipersembahkan kepada `Dewa Kematian’.
Semua mangsa termasuk seorang wanita itu, dibunuh dan darah mereka dipersembahkan kepada dewa berkenaan.
Jurucakap peguam negara, Jose Larrinaga berkata, kesemua tertuduh digambarkan berpakaian jubah dan membawa korban berkenaan untuk tujuan perlindungan.
Pihak berkuasa menyifatkan pembunuhan itu dilakukan pengamal ajaran sesat.
Mangsa pertama pembunuhan itu menemui ajal pada 2009 manakala mangsa ketika dibunuh awal bulan ini.
Rangka mangsa bunuh itu ditemui di sebuah kawasan perlombongan yang terpencil di Nacozari de Garcia.
Semua tertuduh adalah saudara mara dengan suspek paling muda berusia 15 tahun.
Kes berkenaan terbongkar selepas salah seorang anggota keluarga mangsa membuat laporan polis selepas mangsa didapati hilang.
Dalam pada itu, gabenor Guillermo Padres berkata, kejadian berkenaan tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Kita tidak akan membenarkan perbuatan seumpama ini berlaku,” katanya.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...