Monday, April 30, 2012

Nora Danish Rindu Watak ‘Puteri’

Nora
MH Online semalam sempat menghubungi aktres cantik, Nora Danish untuk berkongsi mengenai perkembangan terbarunya.  Kata Nora pada bulan Jun depan, dia bakal beraksi bersama aktor Shaheizy Sam di dalam sebuah filem aksi.
 
“InsyaAllah jika tiada aral melintang, saya bakal berlakon di dalam filem bercorak bersama Shaheizy Sam.  Tapi kena tengok dulu macam mana kerana watak saya di dalam filem tersebut agak terbatas. Kalau boleh saya mahu juga cuba aksi-aksi lasak yang peminat tidak pernah tengok sebelum ini,”kata Nora Danish yang akan ke tanah suci Mekah hari ini untuk mengerjakan umrah selama 13 hari.
 
Sementara itu, MH Online turut bertanya mengenai penerimaan peminat terhadap mutu lakonannya pada ketika ini. Ujar Nora Danish jujur, dia rasa bertuah kerana mempunyai peminat yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan seninya yang sudah mencecah usia lebih 10 tahun.
 
“Sebelum ini ada yang tidak percaya dengan bakat lakonan yang saya ada. Malah ada penerbit yang tak berani untuk ambil saya berlakon. Tapi Alhamdulillah, ramai yang  melihat lakonan saya menerusi drama ‘Tentang Dhia’ dan daripada situlah, mereka buka mata pada saya.
 
Tapi sejak kebelakangan ini, saya sering diberikan watak yang agak berat.  Kadang-kadang teringin juga untuk berlakon seperti watak ‘Puteri’ yang begitu sinonim dengan saya dulu. Rindu sangat dengan watak tersebut,”kata Nora dalam nada ceria.


@mediahiburan.karangkraf.com


Ingin mengerjakan umrah? Kami uruskan segalanya..insyaAllah..

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...