Monday, April 30, 2012

Mangsa dera sudah sedar dari koma


Kanak-kanak berusia dua tahun cedera di kepala kini koma. - Foto Bernama
Kanak-kanak berusia dua tahun cedera di kepala kini koma. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Kanak-kanak mangsa dera, Mohd Danish Aiman Abdullah telah sedar dari koma empat hari lepas, kata pegawai perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pegawai perubatan yang enggan dikenali itu berkata bagaimanapun kanak-kanak malang berkenaan masih gagal memberi respon tindak balas.

"Kecederaan di kepala yang dialami Mohd Danish agak teruk dan ketika ini kami mendapati Mohd Danish tidak mampu bergerak seperti biasa dan kemungkinan
dia boleh diserang sawan," katanya ketika ditemui di HSNZ, di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu kini diberi makan dan minum melalui tiub dan dia diberi rawatan fisioterapi agar saraf-sarafnya tidak keras dan sentiasa
bergerak.

Keadaan Mohd Danish dilihat semakin stabil setelah kanak-kanak berusia dua tahun setengah itu itu menjalani pembedahan di bahagian kepala Sabtu lepas.

Mohd Danish koma dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya Sabtu lepas ekoran perselisihan faham antara ibu kanak-kanak itu dengan lelaki
terbabit.

Akibat penderaan itu Mohd Danish mengalami pendarahan pada otak sebelah kiri dan dia dijangka akan menjalani pembedahan buat kali kedua. 

Sementara itu Ketua polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata gerakan memburu suspek masih giat dijalankan oleh polis dan lelaki itu dipercayai masih berada di sekitar Kuala Terengganu.

Polis telah menemui beberapa petunjuk namun masih gagal mengesan suspek, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempuyai maklumat mengenai lelaki yang dikenali sebagai Azhar Jusoh, 31, berasal dari Kampung Tualang, Manir, di sini
supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membatu siasatan. - Bernama
@sinarharian.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...