Friday, April 27, 2012

Kalau Teringin Sangat Nak Pergi Bersih, Dengar Debat Ni, Dengar KJ Cakap Apa

Ambiga Memalukan Barisan Peguam Malaysia


Ramai yang begitu berbara bila dengar cakap Datuk S. Ambiga. Namun, apa kata anda bila anda dengar sendiri orang menjawab balik secara terperinci dan mendalam mengenai tuduhan-tuduhan berkenaan?
Khairy Jamaluddin (KJ) telah berbuat demikian dalam debat “Electoral Reforms” semalam.
Secara keseluruhan, dalam debat itu, KJ – bukan seorang peguam, jauh meninggalkan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga.
Memalukan dari segi seorang bekas Presiden Majlis Peguam dikelumitkan begitu sahaja oleh seorang budak yang masih terlalu muda.
Ini sahaja ke kemampuan peguam di negara ini? Dimalukan oleh bukan peguam…
Ambiga terhegeh-hegeh membaca teks mengulang skrip yang sama. KJ dengan begitu penuh keyakinan bercakap begitu lancar menjelaskan satu persatu apa-apa yang dituduh Ambiga.
Apa yang Ambiga boleh buat, hanyalah cuba mewujudkan persepsi tanpa bukti. “Kita yakin ini akan menjadi pilihan raya paling kotor”.
Sedangkan sebahagian besar bukti-bukti Ambiga yang ada pun telah dijawab oleh KJ malam tadi, tapi Ambiga menolak buta-buta. Dah bagi penjelasan pun taknak dengar…camna?
Suruh pergi berbincang dengan SPR, hati Ambiga penuh dengan kebencian, macam mana nak cari jalan penyelesaian kepada isu-isu yang Ambiga sendiri sengaja wujudkan?
Dewan yang dipenuhi duapertiga penyokong Ambiga pun nyata terdiam kelu dengar KJ bercakap.
Cyber troper pembangkang cuba memperlihatkan Ambiga menang di internet, tapi katak yang duduk atas kerusi kat tepi pantai pun tahu Ambiga bukan sahaja tewas, malah memalukan diri sendiri.
(Katak ini pun tahu Ambiga tewas dan apa yang diperjuangkannya bukan ikhlas, tetapi  hanyalah bersifat membantu pembangkang)
Di Youtube ada macam-macam bahagian memperlihatkan segenap aspek debat malam tadi. Tidak ada satu pun di pihak Ambiga yang boleh menyebabkan kita terbuka selera hendak pergi menyertai Bersih 3.0.
Eloklah tema bantahan kali ini Duduk Bantah…lagi elok diubah dengan Tunduk Bantah Pasal Muka Sudah Malu. Sesiapa yang masih waras dan bijak, fikirlah dulu sebelum hendak ke Dataran Merdeka, pukul 8 pagi Sabtu ini.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...