Semalam, tersebar satu kisah berkaitan seorang selebriti yang di’dakwa tidak menutup aurat ketika majlis pernikahan sekitar hujung minggu lalu.
Walaupun tidak menyebut nama & identiti selebriti tersebut, Azza Elite percaya tulisan dalam artikel tersebut jelas merujuk kepada diri beliau & berasa tidak senang.
Azza Elite dalam kenyataan beliau kepada wartawan Rotikaya awal hari ini kesal dengan tindakan penulis artikel berkenaan yang membesarkan isu tersebut.
Pelakon juga penyanyi ini sedar akan kesilapan beliau pada hari pernikahan itu dan telah pun meminta maaf kepada peminat, ahli keluarga & mereka yang hadir kerana terlepas pandang akan perkara penting tersebut.
Azza Elite turut memberikan amaran kepada penulis artikel tersebut melalui Twitter hari ini supaya penulis artikel tersebut menurunkan semua artikel berkaitan diri beliau — termasuk kisah ‘tuduhan jahil agama’.
Azza Elite yang kelihatan kesal dengan apa yang berlaku berkata tempoh itu terbuka sehingga jam 5.00 petang ini sahaja sebelum tindakan susulan di’ambil untuk membersihkan nama beliau.
There are no posts related to Isu Jahil Agama: Azza Elite Minta Maaf Dan Beri Amaran Kepada Penulis & Penyebar Cerita.
@rotikaya.com
No comments:
Post a Comment