Tuesday, April 3, 2012

Indonesia Bakal Haramkan “Mini Skirt”?


Indonesia Bakal Haramkan “Mini Skirt”?
Negara jiran, Indonesia bakal mengharamkan pemakaian skirt pendek di kalangan rakyatnya atas alasan ia mendorong golongan lelaki melakukan perkara-perkara menjurus ke arah jenayah seksual dan yang seumpama dengannya.
Menteri Hal Ehwal Agamanya, Suryadharma Ali yang baru dilantik sebagai anggota kabinet awal bulan lalu giat memerangi pemakaian skirt pendek di negara itu dan menyifatkan pemakaian skirt di atas paras lutut boleh dianggap sebagai pornografi.
Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa etika pemakaian tersebut sedang dikaji dengan teliti oleh pihak kerajaan sebelum diwartakan sebagai sebahagian dari undang-undang di negara itu.
“Kami sedang mengatur pertemuan dengan beberapa pihak bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan orang ramai mengenai apa yang mereka tahu mengenai pornografi, saya pasti mereka akan tampilkan beberapa definisi berbeza mengenainya (pornografi).
“Bagaimanapun, kami perlu menetapkan satu kriteria yang bersifat universal untuk mentafsirkan sesuatu sebagai pornografi di mana salah satu darinya ialah memakai skirt melebihi paras lutut,” katanya yang dipetik dari Jakarta Post hari ini.
Menurutnya lagi, setelah satu takrifan standard mengenai pornografi diwujudkan kerajaan akan melaksanakan undang-undang tersebut ke seluruh negara.
Negara yang memiliki populasi sebanyak 12 peratus dari seluruh umat Islam di dunia itu mula memperkenalkan akta undang-undang berkaitan pornografi sejak tahun 2008 sebagai usaha memerangi gejala itu dari terus membarah di kalangan rakyatnya.
Presiden Indonesia, Bambang Susilo Yudhoyono sebelum ini telah melantik Menteri Kebajikan Masyarakat, Agung Laksono, untuk mengetuai jawatankuasa tersebut dan dibantu oleh Suryadharma bagi urusan pengoperasiannya.
Pemakaian skirt pendek di Indonesia merupakan satu kebiasaan di kalangan rakyatnya dan dipakai secara berleluasa khususnya di pusat-pusat hiburan di seluruh negara itu. – Mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...