Friday, April 27, 2012

Erra Sebagai Tun Siti Hasmah Di IB

Erra Sebagai Tun Siti Hasmah Di IB


KUALA LUMPUR – Sebagai hidangan untuk sambutan Hari Merdeka tahun ini, Erra Fazira akan berlakon dan membawa watak dalam pementasan teater sebagai Tun Dr. Siti Hasmah yang dibawakan oleh Islamic Network Television Sdn Bhd (WINTV) untuk tribute Teater Tun Siti Hasmah.
Pengerusi WINTV, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan berkata, dia yakin Erra Fazira merupakan pelakon yang tepat berikutan sebelum ini dia telah memegang watak Serikandi negara tersebut dalam teater Muzikal Tun Mahathir pada tahun 2010.
“Kami sebulat suara memililh Erra kerana sebelum ini dia berjaya membawakan watak Tun Siti Hasmah pada pementasan yang lalu.
“Sudah tentu saya rasa dia adalah orang yang sangat sesuai kerana dialah satu-satunya pelakon yang berpengalaman dalam menyelidik personaliti Tun Siti Hasmah,” katanya seperti dalam laporan Murai.com.
Bagi Khairuddin lagi, tribute teater itu dilakukan memandangkan sebelum ini tidak ada lagi mana-mana cerita, filem mahupun karya yang mengangkat jasa Tun Siti Hasmah sebagai isteri seorang bekas pemimpin negara iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bakal diarahkan oleh Adlin Aman Ramli dan dibantu oleh Datin Paduka Umie Aida, Adlin melihatkan menjalankan tugas sebagai pengarah teater dalam tribute itu sebagai cabaran yang tinggi untuk dilaksanakan.
“Bukan mudah untuk mengarahkan teater mengenai kisah peribadi tokoh yang agak pemalu dan merendah diri seperti Tun Siti Hasmah.
“Daripada luarannya sehaja kita lihat beliau tidak banyak memberikan eksperesi diri bila melakukan sesuatu.
“Namun saya ambil cabaran ini untuk mengupas segala kisah menarik yang mana ramai yang tidak tahu sifat dan sikap tersiratnya yang terselindung itu,” kata Adlin.
Teater tribute itu bakal ditayangkan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 30 Ogos sehingga 9 September ini.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...