Tuesday, April 3, 2012

Eksklusif : Detailing Baju Pertunangan Irma Hasmie


Hatta Dolmat Couture telah diberikan kepercayaan oleh Irma Hasmie untuk menghasilkan persalinan wanita sempena majlis pertunangannya yang berlangsung pada 24 Mac yang lepas.
Tugasan yang diterima pemilik Hatta Dolmat Couture, Hatta Dolmat perlu menitikberatkan imej Irma Hasmie yang kini lebih selesa menutup aurat, namun masih kekal elegan dan segar di mata si pemandang.
“Masa pertama kali Irma bertudung, memang saya yang buat baju dia. Ketika itu, dia memang bertegas untuk bertudung tutup terus,” ujar Hatta menceritakan pengalaman beliau mengolah idea rekaan baju.
Sambung Hatta lagi, “Jadi, saya fikirkan macam mana ye? Kemudian, saya terbayangkan imej ala zaman Greek dimana teknik draping digunakan bagi mewujudkan imej kain berlapis-lapisan (layered). Saya turut selitkan unsur islamik yang boleh dilihat pada corak bunga serta perincian batu kristal, pearl dan mutiara Swarovski pelbagai saiz.”
“Idea warna pula dicetus hasil perbincangan saya bersama Irma & jurumekap. Kami memilih warna baby blue atau middle east turqoise, serta gabungan tone daripada putih ke biru cair. Dari segi fabrik pula, saya menggunakan material chifon & sequin agar persalinan ini menyerlahkan lagi pesona Irma Hasmie.
“Selain itu, saya juga ambil nasihat daripada peminat Irma Hasmie agar pakaian yang dikenakannya tidak terlampau ketat sehingga menampakkan susuk tubuh,” jelas Hatta yang kini menjadi pilihan utama ramai selebriti terkemuka.
@ohbulan.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...