Monday, April 30, 2012

Duta Lipice, Wawa Zainal



Wawa bangga dipilih sebagai Duta Lipice
Wawa bangga dipilih sebagai Duta Lipice
Tidak mengambil masa yang lama untuk memperkenalkan diri dalam industri, pendatang baru yang namanya kini sedang meningkat naik, Wawa Zainal sungguh bertuah apabila dilamar menjadi duta jenama pelembap bibir terkenal, Lipice.

Satu permulaan yang baik untuk kerjayanya, pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin ini berbangga dipilih sebagai duta jenama tersebut memandangkan dirinya memang merupakan pengguna setia Lipice sejak sekolah menengah lagi.

Tidak lokek berkongsi rahsia sebenar mengapa bibirnya sentiasa kelihatan segar dan lembap setiap hari, Wawa mengaku tidak pernah lekang dengan Lipice malah menganggap pelembap bibir itu sebagai teman karibnya.

Diperkenalkan dengan jenama itu oleh abangnya sewaktu dia masih berumur 14 tahun, anak kelahiran Lahad Datu, Sabah ini gembira melihat perubahan positif kepada bibirnya apabila menggunakan Lipice.

Seperti juga wanita lain yang kadangkala mempunyai masalah bibir kering dan pecah, artis di bawah syarikat pengurusan Metrowealth Pictures (MIG) ini juga pernah mengalami masalah tersebut.

Tidak mahu masalah bibir keringnya ‘mencacatkan’ penampilannya sebagai remaja pada waktu itu, Wawa ‘terpikat’ apabila melihat abangnya sendiri sering menggunakan produk itu.

“Saya mula bertanya kepada abang mengenai Lipice apabila sering melihat dia memakai produk itu. Maklumlah, usia remaja ketika itu membuatkan saya ingin tahu produk yang dipakai oleh abang. Tambahan pula, ketika itu saya mengalami masalah bibir kering dan pecah.

“Selepas abang memperkenalkan pelembap bibir itu, masalah bibir kering saya semakin hilang malah bibir saya lebih segar dan lembap setiap kali menggunakan Lipice. Saya juga sukakan Lipice kerana ia kelihatan natural dan membuat bibir saya kelihatan berwarna merah jambu semula jadi.

“Malah, sejak hari itu saya akan membawa Lipice ke mana-mana sahaja saya pergi walaupun ke sekolah. Selain itu, saya juga memakai Lipice sebelum tidur,” katanya yang tidak pernah mengamalkan sebarang petua tradisional untuk menjaga bibir.

Mengakui Lipice membuatkannya rasa lebih yakin, gadis berusia 20 tahun ini akan memilih Lipice yang sesuai dengannya setiap kali melakukan penggambaran atau ketika waktu lapang.

“Jika ada penggambaran biasanya saya akan mengenakan gincu bibir dan juga Lipice Color Gloss supaya bibir saya nampak lembap dan lembut. Tambahan pula, dengan memakai produk Lipice saya rasa lebih yakin melakonkan setiap watak yang diberikan.

“Selain itu, pada waktu cuti pula, saya lebih suka mengenakan solekan minimum dengan hanya mencalit Lipice Sheer Colour setiap kali berada di rumah ataupun keluar rumah,” katanya yang mengakui rasa tidak lengkap tanpa Lipice.


Kongsi dengan teman, keluarga

Memandangkan pelakon drama Bunga-Bunga Syurga ini sering kali membawa Lipice tersebut ke sekolah, ada dalam kalangan rakan-rakannya juga turut terpengaruh dengan ‘tabiat’ selebriti ini.

“Ketika mula-mula belajar memakai Lipice dulu, saya sering bawa pelembap bibir ini ke sekolah sehinggakan ramai rakan-rakan saya yang bertanya mengenainya.

“Pada saya tidak salah berkongsi kecantikan dengan mereka tambahan pula, pelembap bibir ini kelihatan natural dan boleh dipakai oleh pelajar sekolah. Malah dalam kalangan adik-beradik saya juga semuanya memakai Lipice,” katanya yang menggemari Lipice Sheer Color Strawberi dan Lipice Fruity Strawberi.

Mengulas mengenai penerimaan keluarganya mengenai gelaran duta yang disandang, Wawa berkata, keluarganya tidak percaya saat dia memberitahu berita tersebut.

“Ketika mula diberitahu saya berjaya menjadi duta Lipice, saya terus menelefon ahli keluarga. Namun, mereka rasa tidak percaya kerana bayangkan, dulunya kami satu keluarga menggunakan Lipice tetapi kini saya bergelar duta untuk produk yang sekian lama saya gunakan.

Mahunya mereka tidak terkejut dengan berita itu,” katanya lagi.

Selain menyukai kelembapan dan kesegaran yang ditawarkan oleh Lipice, anak kelapan daripada 11 beradik ini juga sukakan kandungan bahan pelembap asli semulajadi yang terdapat dalam produk itu.

“Selain itu, saya sukakan kandungan SPF15 yang ada padanya bagi melindungi permukaan bibir saya daripada matahari. Tambahan pula, pelembap bibir ini ada menawarkan perisa buah-buahan sesuai dengan semua peringkat umur yang ingin menggunakannya,” katanya.


Dihimpit VIP

Sebagai orang yang muda dan cantik, Wawa juga tidak lari daripada diganggu oleh golongan VIP, tetapi gadis muda ini merasakan masih belum tiba masanya lagi untuk dia bercinta.

Malah, dia juga tidak berminat untuk melayan sebarang pelawaan oleh wgolongan tersebut yang ingin mengenalinya secara dekat.

“Ada juga yang ingin mendekati saya, tetapi saya menolak pelawaan mereka dengan baik. Pada saya, masih belum tiba masanya lagi untuk saya menjalinkan hubungan dengan sesiapa.

“Tambahan pula, kerjaya saya baru sahaja hendak bermula. Jadi saya hanya mahu menumpukan kepada karier saya dahulu,” katanya yang bertindak tidak mahu melayan sebarang ajakan golongan VIP.
@sinarharian.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...