Thursday, April 5, 2012

Dira Enggan Komen Laporan Polis Yang Dikaitkan Dengan Dirinya


Baru-baru ini kecoh satu Malaysia tentang kejadian seorang pengacara popular yang memijak muka seorang wanita. Sehingga hari ini, identiti si pemijak masih tidak diketahui. Namun semalam telah tersebar satu salinan laporan polis yang mengaitkan nama Dira Abu Zahar dengan kejadian tersebut.
dira abu zahar
Apabila dihubungi oleh portal Murai untuk mengesahkan laporan polis tersebut, Dira berkata:-
Saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak boleh beri sebarang jawapan kerana perkara ini masih dalam siasatan dan melibatkan pihak berkuasa.Saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana paham dengan situasi saya sekarang.
Jadi buat masa ini, biarlah pihak polis menjalankan siasatan mereka. Laporan polis yang dilakukan pun belum tentu kesahihannya. Mungkin ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan Dira. Sama-sama kita nantikan siasatan penuh daripada pihak polis.
@beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...