Tuesday, April 10, 2012

Aaron Aziz Ulas Isu Zed Zaidi – Kalau Dia Masuk Pertandingan Saya Akan Undi Dia




Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.
Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya.
Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sempadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia.

Aaron juga menyuarakan harapannya untuk permohonan mendapat taraf penduduk tetap negara Malaysia dapat diluluskan dengan segera bagi membuktikan nilai profesionalnya sebagai seorang pelakon.
Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak.
Khabarnya, Aaron bakal terlibat dengan filem Cicakman 3 terbitan KRU Studios tidak lama lagi. Mantap!
@beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...