Difahamkan, Malek memilih tarikh tersebut untuk berkahwin kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci tahun lalu. Ini kerana, di Mekah dia telah memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.


“Wanita itu berjaya mengubah hati saya untuk bergelar suami. Segala-galanya selepas Allah mempermudah doa-doa saya. Syukur sekali,” katanya dipetik sebagai berkata.
Untuk info, selepas majlis pernikahan nanti, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu, Kelantan.
Persoalannya sekarang, siapakah calon isteri Malek itu? Kerana menurut sumber beberapa pihak, beliau ialah Dr Wan Asma Wan Ismail, berpendidikan kedoktoran dari MD (UKM), MSc.Com.Paed.(UK), DCH (Glas), MRCP (Ire),FRCPH (UK) dan pakar sebagai Paediatrician & Neurodevelopmental Specialist di KPJ Healthcare Bhd.
Ini kerana, jika di Hospital Pakar Perdana, hanya ada seorang sahaja doktor yang bernama Wan Asma dan didakwa telahpun berpisah dengan bekas suaminya. Allahulam!
@myartis.com
Klik disini!
No comments:
Post a Comment